Memantau waktu kerja kakitangan kedengaran mudah, tetapi ia merupakan satu tugasan penting bagi industri pembuatan yang menggunapakai ramai tenaga buruh. Ketidakcekapan dalam pemantauan masa akan menyebabkan kenaikan biaya operasi yang tidak berkenaan. Secara am, memantau waktu kerja kakitangan serta waktu kerja lebih masa tidaklah sesulit mana. Tetapi, untuk industri pembuatan, ianya sering terkait dengan pelbagai syif; syif berputar, syif sepanjang malam, jadual pantas, pertukaran syif di minit terakhir dan sebagainya. Tambahan, industri ini juga memerlukan sistem untuk memantau kelewatan dan ketidakhadiran kakitangan, melapor keberadaan kakitangan dalam masa nyata, serta melibatkan teknologi mudah alih. Oleh itu, tugasan ini menjadi operasi harian yang merumitkan tanpa kehadiran sistem masa kehadiran yang baik.
Bagi industri pembuatan, kerumitan sistem masa kehadiran ini telah digandakan lagi dengan keperluan untuk menghapuskan kejadian "buddy-punching" di kalangan kakitangan dalam usaha mengekang kecurian masa dan untuk mencegah penyebaran Covid-19 yang melibatkan penyisipan bacaan suhu badan automatik ke dalam alat kehadiran jam biometrik.
"Kejadian data kehadiran yang tidak tepat di kalangan kakitangan boleh berlaku di mana-mana tempat kerja jika tiada sistem yang kukuh untuk menampal ketirisan di bahagian hadapan. Tidak kira bagaimana hebat dan tepat sekali sistem gaji anda, ianya tidak akan dapat menguruskan pembayaran gaji yang kurang tepat," jelas Marcus Tng, Pengurus Penjualan & Pemasaran, Bahagian Pejabat Pintar TimeTec.
Marcus Tng, Pengurus Penjualan & Pemasaran Bahagian Pejabat Pintar TimeTec.
"Saya telah berurusan dengan segelintir pelanggan besar yang mempunyai set penuh sistem Sumber Manusia atau HR yang canggih, akhirnya ramai menyesali keputusan untuk membeli set penuh, dan bertukar kepada Sistem Kehadiran TimeTec TA kami," dedah Marcus Tng.
Sebagai pakar pengurusan tenaga kerja dan produk biometrik, Kumpulan TimeTec baru-baru ini telah mengeluarkan Laporan Analisis Pengurusan Tenaga Kerja mengenai industri pembuatan Malaysia berdasarkan 10,000 titik data yang mereka kumpulkan. Laporan analisis tersebut menunjukkan bahawa 98% pekerja syarikat pembuatan menggunakan alat biometrik untuk melapor kehadiran; 2% menggunakan Aplikasi kehadiran GPS, terutama untuk pekerja lapangan, dan hanya 0.1% menggunakan jam web di desktop untuk melapor kehadiran, dan kebanyakannya adalah kakitangan pentadbiran.
Menurut Marcus, "Ini membuktikan bahawa peranti biometrik menjadi pilihan untuk menghapuskan kejadian "buddy-punching" dimana rakan sekerja melapor masa untuk rakan yang lain, yang sering berlaku di kilang."
Sistem Masa Kehadiran telah berkembang mengikut zaman. Dahulunya di era Windows, ia berfungsi sebagai sistem pentadbiran dan kemudiannya maju sebagai sistem operasi di era teknologi Cloud. "Di dalam era Windows, sistem masa kehadiran merupakan perkara yang telah berlaku. Sistem menghasilkan laporan kehadiran yang telah lepas terutamanya untuk tujuan pembayaran gaji. Sekarang, sistem kehadiran ialah tentang perkara yang sedang berlaku. Sebagai contoh, bos boleh menerima notifikasi mudah alih di telefon pintar apabila cawangan yang sepatutnya telah dibuka pada pukul 10 masih lagi tutup dan tidak dikendalikan mengikut masa yang sepatutnya. Sistem ini juga boleh menjadi panduan masa hadapan apabila ia didatangkan dengan kebolehan data analitik yang boleh membantu dalam perancangan tenaga kerja."
Apabila bekerja dari rumah dan tempat kerja sporadis dibenarkan tatkala penularan wabak, fleksibiliti TimeTec TA lebih dihargai oleh majikan. "Selain sektor pembuatan, penyelesaian pengurusan tenaga kerja TimeTec telah diperluas ke hampir semua industri, dari perusahaan kecil dan sederhana sehingga ke perusahaan multinasional. Dan sekarang, kami menerima lebih banyak pertanyaan bukan hanya tertumpu kepada masa dan kehadiran tetapi juga bagi sistem cuti dan pengurusan tuntutan melalui Aplikasi, termasuk juga tentang sistem pengambilan pekerja menggunakan teknologi cloud. "
"Apabila sebilangan pelanggan mula membandingkan sistem Sumber Manusia mereka yang canggih dengan Penyelesaian Pengurusan Tenaga Kerja Cloud TimeTec, mereka akan mula mengabaikan beberapa modul di dalam sistem sedia ada, dan memilih apa yang kami tawarkan," jelas Marcus dengan yakin.
Untuk demo dan rundingan PERCUMA, hubungi Encik Marcus Tng, Pengurus Jualan dan Pemasaran TimeTec Cloud Sdn. Bhd. di [email protected] (016-9608348) atau Encik Syed Mohd Firdaus Syed Mohd Fuzi di [email protected] (012-9478907). Talian am dan emel: 03-80709933 dan [email protected].
Nantikan artikel Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec seterusnya pada setiap hari Rabu!
Baca artikel Siri 1-6 dalam siri Sistem Tenaga Kerja TimeTec di https://www.malaysiakini.com/announcement/564147
Mengenai Kumpulan TimeTec
Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselematan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com
Sistem TimeTec telah berada di pasaran sekitar 8 tahun dengan rangkaian pelanggan terkenal seperti QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Adabi, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka. Tonton video kami di https://bit.ly/TA-video-my