Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Impak penuh Covid-19 kepada industri insurans masih belum terungkai sepenuhnya
Diterbitkan:  Feb 24, 2021 9:03 PM
Dikemaskini: 1:03 PM

Pandemik COVID-19 terus membebankan ekonomi dan kesannya terhadap sektor insurans belum lagi dapat dilihat, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Zakri Khir.

Zakri berpendapat bahawa industri tersebut akan berdepan dengan cabaran yang lebih besar dalam beberapa bulan akan datang dengan kesulitan lanjutan dari kesan pandemik yang akan memaksa rakyat Malaysia untuk menilai semula tabiat berbelanja mereka.

“Kebimbangan terbesar saya tentang ekonomi ialah pengangguran, tahap pendapatan yang rendah dan tanda-tanda sudah jelas yang pengguna tidak berbelanja secukupnya. Faktor penyumbang lain ialah risiko ketidaktentuan, keyakinan pengguna yang rendah yang memberi kesan kepada kuasa membeli dan gangguan rantaian bekalan. Penggunaan adalah penting untuk mana-mana ekonomi untuk maju dan lebih cepat kita menterbalikkan beberapa faktor tersebut, lebih cepat ekonomi akan pulih kembali. Ini selaras dengan beberapa cabaran terbesar industri,” kata Zakri.

Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini telah melaporkan jumlah keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar menurun sebanyak 5.6% sementara Kementerian Sumber Manusia mengatakan hampir 100,000 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan antara bulan Mac dan November 2020.

“Dalam keadaan semasa, pandemik menguasai segalanya dan jelasnya industri insurans akan mengalami perubahan kerana itu. Ia masih terlalu awal untuk membuat andaian yang lebih tepat, tetapi tanda-tanda perubahan asas yang besar sudah ada. Tiada trend buat masa sekarang kerana tempoh yang terlalu singkat, tetapi kami akan mengharunginya apabila ia tiba. Situasi kini sangat tidak menentu,” kata Zakri.

Beliau menambah yang sejak COVID-19 bermula, pasaran telah berdepan pelbagai jenis risiko kepada penanggung insurans yang terpaksa menginovasi untuk menyesuaikan dengan gangguan ekonomi dan beralih kepada proses digital dengan pantas.

“Kami perlu bersedia, berdaya saing, dan berkembang. Kami perlu ada model operasi yang tangkas, memperkenalkan idea yang inovatif dan tawarkan produk yang mampu milik yang sesuai dengan keperluan pelanggan dalam situasi semasa,” tambah Zakri.

“Tambahan pula, salah satu tarikan utama terhadap insurans ialah perlindungan dan sebuah janji untuk memberikan tuntutan apabila perlu. Kami harus ada untuk “Tambahan pula, salah satu tarikan utama terhadap insurans ialah perlindungan dan sebuah janji untuk memberikan tuntutan apabila perlu. Kami harus ada untuk pelanggan kami kerana apa-apa perubahan pada tingkah laku pengguna akan memberikan kesan segera kepada industri.”

Zakri Khir, Chief Executive Officer of Allianz Malaysia Berhad

Sementara itu, Kumpulan Allianz Malaysia Berhad hari ini telah melaporkan pendapatan untuk tahun kewangan 2020. Kumpulan telah meraih RM5.31 bilion dalam Premium Bertulis Kasar (GWP) pada tahun 2020, peningkatan sebanyak 7.8 peratus berbanding RM4.92 bilion pada tahun 2019. Selain itu, anak syarikat insurans amnya; Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad melaporkan GWP RM2.36 bilion pada tahun 2020 terutamanya dari peningkatan dalam perniagaan motor, manakala Allianz Life Insurance Malaysia Berhad telah meraih GWP RM2.95 bilion pada tahun 2020 terutamanya dari pembaharuan polisi.

“Angka-angka tersebut tidak mencerminkan tahap kesukaran atau cabaran yang harus ditangani oleh rakan-rakan sekerja saya untuk memastikan operasi kekal berfungsi ketika pandemik ini. Ia adalah usaha bersama, dan dengan corak pemikiran yang betul telah membolehkan kami kekal berdaya tahan.

“Kami mempunyai sebuah pasukan yang teguh yang dianggotai oleh kakitangan yang berkebolehan dan kekal bermotivasi tinggi dan produktif walaupun berdepan cabaran. Dan tenaga agensi kami berterusan untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan kami dengan piawaian perkhidmatan yang terbaik ketika pelbagai fasa dalam perintah kawalan pergerakan. Usaha terpuji ini adalah sesuatu yang datang dengan sendirinya oleh kakitangan kami,” kata Zakri.

Pada masa yang sama, Zakri mengakui bagaimana penanggung insurans tempatan bertindak balas kepada COVID-19 akan berpotensi untuk meningkatkan atau mengurangkan keyakinan masyarakat umum terhadap industri. Beliau juga memberi jaminan bahawa Allianz Malaysia akan terus melakukan yang terbaik untuk komuniti.

Komuniti We Care Allianz ialah sebuah usaha sepertinya. Dilancarkan pada bulan Jun tahun lepas, komuniti tersebut telah meraih lebih 500,000 ahli sehingga kini. Program tersebut menawarkan manfaat-manfaat COVID-19 secara percuma, termasuk kemasukan ke hospital dan manfaat kematian akibat COVID-19, serta ganjaran gaya hidup dan kesejahteraan.

Untuk mendaftar untuk mejadi sebahagian dari Komuniti We Care Allianz, layari allianz.com.my/we-care. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS