Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang telah dilaksanakan semula di kebanyakan negeri di Malaysia bermula 13 sehingga 26 Januari 2021 telah memaksa perniagaan menyesuaikan operasi harian mereka agar patuh SOP yang ditetapkan. Bagi kebanyakan syarikat biasa, 70% kakitangan perlu bekerja dari rumah manakala selebihnya boleh bertugas di pejabat dengan pematuhan SOP yang ketat. Walau bagaimanapun, melihatkan kenaikan kes Covid-19 yang berterusan, ramai kakitangan yang terpaksa kuarantin kendiri secara serta-merta jika mereka atau ahli keluarga mereka pernah berhubung dengan individual positif Covid-19, dan ini menyebabkan bilangan pekerja di lokasi akan berubah-ubah. Untuk sentiasa mengemaskini pergerakan kakitangan yang dinamik ketika PKP, TimeTA menyediakan penyelesaiannya.
Sistem Kehadiran Pintar Berasaskan Teknologi Cloud, TimeTec TA (www.timetecta.com) telah memperkenalkan ciri baharu yang dikenali sebagai “Lokasi Kerja” untuk mengenalpasti keberadaan kakitangan ketika waktu kerja. Syarikat boleh menamakan “Bekerja dari rumah” sebagai lokasi, boleh menamakan lokasi pejabat, cawangan, tapak kerja, sehingga 30 lokasi untuk mendapat gambaran keseluruhan kakitangan setiap hari. Oleh kerana TimeTec TA menawarkan pelbagai cara untuk melapor kehadiran, syarikat selalunya memilih menggunakan pengesahan biometrik di pejabat, melapor kehadiran menggunakan beacon di cawangan, dan menggunakan GPS di Aplikasi TimeTec TA untuk yang bekerja dari rumah. Apa pun pilihan anda, TimeTec TA boleh menghubungkan semua data kehadiran anda dari pelbagai peranti yang digunakan untuk memberikan pihak HR data kehadiran yang bersepadu.
Empat Langkah Mudah untuk Menetapkan Lokasi Kerja di TimeTec TA
1. Tentukan lokasi kerja syarikat di TimeTec TA, contohnya, Ibu Pejabat, Cawangan Kajang, cawangan Semenyih, cawangan Ijok, Tapak Projek XYZ di Ipoh, Bekerja dari Rumah, dan sebagainya.
2. Sambungkan semua peranti (FingerTec biometrik, TimeTec beacon) ke lokasi masing-masing.
3. Tentukan Geo-pagar GPS untuk mengawal radius lokasi (jika syarikat anda perlu menggunakan geo-pagar) bagi kakitangan yang menggunakan GPS di aplikasi untuk melapor kehadiran.
4. Kakitangan boleh mula menggunakan sistem dan pihak pengurusan akan sentiasa mendapat maklumat tepat tentang tenaga kerja.
Melalui papan pemuka dan Analisis Lokasi Kerja, syarikat dapat mengetahui lokasi kerja keseluruhan tenaga kerja melalui aktiviti sistem kehadiran mereka di Web dan di Aplikasi. Data yang lebih terperinci juga boleh diperolehi melalui analisa yang diberikan.
TimeTec TA merupakan Sistem Kehadiran Pintar Berasaskan Teknologi Cloud untuk tenaga kerja yang tersedia di platform web dan Aplikasi mudah alih. TimeTec TA diperkasa dengan pelbagai ciri berguna untuk kehadiran seperti penjejakan GPS, penjadualan, kerja lebih masa, pengiraan masa kerja secara automatik, kelewatan, analisis dan sebagainya. Ia tersedia dengan Aplikasi di telefon pintar di Android dan iOS, untuk melapor kerja dan pemantauan yang mudah. Syarikat boleh menentukan jadual kerja, syif, kerja lebih masa, tuntutan perjalanan, corak kelewatan, kadar kerja dan pelbagai lagi dalam masa sebenar. TimeTec TA mudah, harga berpatutan dan mudah alih, sesuai untuk perniagaan dinamik masa kini. TimeTec TA juga boleh dihubungkan ke Sistem Pengurusan Cuti, TimeTec Leave (www.timetecleave.com) di mana data cuti akan dipaparkan di dalam sistem kehadiran secara automatik untuk operasi lancar yang merangkumi transformasi digital.
Jika perniagaan anda perlu menguruskan kakitangan di pelbagai lokasi kerja, hubungi kami. Kami akan menunjukkan bagaimana sistem kami dapat melakukannya dengan mudah. Hubungi Encik Syed Firdaus Syed Fuzi di [email protected] atau Encik Marcus di [email protected] untuk temujanji. Lawati TimeTec TA di www.timetecta.com
Mengenai Kumpulan TimeTec
Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselematan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com
Sistem TimeTec telah berada di pasaran sekitar 8 tahun dengan rangkaian pelanggan terkenal seperti QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Adabi, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka. Tonton video kami di https://bit.ly/TA-video-my