Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Pantau kakitangan bekerja-dari-rumah terus dari aplikasi TimeTec TA
Diterbitkan:  Dec 23, 2020 5:54 PM
Dikemaskini: Dec 24, 2020 3:45 AM

Bekerja dari rumah telah menjadi norma baharu kepada organisasi perniagaan dan agensi kerajaan. Risiko penularan wabak dapat dikekang dengan mengurangkan jumlah pekerja yang berinteraksi di premis perniagaan. Oleh itu, tenaga kerja yang boleh berkhidmat terus dari rumah telah disarankan kekal di rumah. Walaubagaimanapun, dalam melaksanakan norma baharu ini, pihak pengurusan berdepan cabaran yang perlu ditangani untuk mengelak kesulitan yang mungkin timbul di masa hadapan yang melibatkan pengurusan tenaga kerja.

Encik Marcus Tng, Pengurus Bahagian Pejabat Pintar TimeTec, memberikan pandangan beliau tentang trend beKerja-Dari-Rumah berdasarkan keperluan yang melonjak di musim pandemik ini.

Terdapat tiga elemen Kerja-Dari-Rumah yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan supaya kakitangan kekal efektif.

  1. Ruang kerja khas dan teratur disertai dengan bahan rujukan kerja yang berkenaan.
  2. Muat turun semua sistem yang diperlukan ke dalam komputer agar komunikasi berlangsung secara lancar di antara pejabat dan pelanggan.
  3. Alat untuk memantau pengurusan masa.

"Ketika mula-mula kita diserang pandemik, ramai yang tidak bersedia langsung kerana konsep Kerja-Dari-Rumah ini walaupun ada, masih baharu di negara kita. Jadi banyak syarikat-syarikat yang mencari jalan untuk menguruskan situasi baharu ini. Setelah memahami keberkesanan konsep Kerja-Dari-Rumah, permintaan kepada penyelesaian TimeTec TA terus melonjak", kata Marcus. "Sekarang syarikat bukan bertanya samada sistem kita boleh memantau Kerja-Dari-Rumah, tetapi bagaimana kita boleh memenuhi permintaan pelanggan untuk ciri Kerja-Dari-Rumah," tambah beliau. Ciri Kerja-Dari-Rumah di dalam TimeTec TA telah diperhalusi dan ditambah dengan lebih perincian untuk menawarkan nilai tambahan kepada pelanggan, seperti penambahan pagar-geo dan ciri swafoto.

Untuk pejabat melaksanakan Kerja-Dari-Rumah, pihak pengurusan dan kakitangan perlu saling selesa. "Pihak pejabat selesa mengetahui bahawa kakitangan ‘hadir kerja’ dan sedang menggunakan masa bekerja dengan produktif. Dan para pekerja terus komited untuk menjalankan tugas masing-masing dengan cemerlang di persekitaran masing-masing,” jelas Marcus.

TimeTec TA menawarkan ketelusan di antara tenaga kerja dan pihak pengurusan, di mana pekerja boleh melapor masa menggunakan ciri lokasi GPS beserta swafoto, hanya dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar, dan pihak pengurusan mempunyai rekod lengkap dan tepat lokasi semua kakitangan setiap hari. Data ini akan mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya di antara pejabat dan kakitangan, penting dalam meningkatkan semangat masing-masing di dalam tempoh yang serba mencabar ini. “Tidak kira di mana kakitangan anda berada, TimeTec TA akan merakam data lokasi berdasarkan peta Google.” Menurut Marcus lagi, "Ada pejabat yang tidak begitu bertegas tentang lokasi kakitangan mereka asalkan melapor kehadiran, tetapi ada juga yang suka mengawal setiap masa dengan ketat. TimeTec TA direkabentuk fleksible untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis perniagaan.”

TimeTec TA ternyata alat yang mudah untuk memantau Kerja-Dari-Rumah dengan berkesan, dan ia memberikan perincian yang komprehensif kepada pejabat yang memerlukan data penting dalam menguruskan tenaga kerja mereka.

Berita baik, TimeTec TA diberikan secara PERCUMA selama 3 bulan untuk semua IKS yang layak di Selangor melalui PRODUTK, Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja, usaha kolaborasi di antara Kumpulan TimeTec dan Kerajaan Negeri Selangor. PRODUTK menyediakan IKS dengan pengalaman secara terus bagaimana penggunaan digitalisasi boleh memanfaatkan perniagaan. PRODUTK terbuka untuk semua IKS Selangor yang layak sehingga 31 Disember 2020. Daftar segera! Sila ke pautan https://bit.ly/produtk-m untuk mendaftar, dan anda boleh menggunakan ciri Kerja-Dari-Rumah dari aplikasi segera!

Sekiranya perniagaan anda perlukan ciri ini, hubungi Encik Marcus Tng di [email protected] atau Syed Firdaus Syed Fuzi di [email protected] untuk temujanji dan sesi demo. Layari website TimeTec TA di www.timetecta.com

Tentang Kumpulan TimeTec
Kumpulan TimeTec menceburkan diri dalam teknologi biometrik pada awal milenium baru dengan pengkhususan di dalam bidang masa & kehadiran tenaga kerja dan sistem kawalan akses pejabat. Setelah menubuhkan jenama biometrik yang kukuh di seluruh dunia melalui jenama FingerTec, Kumpulan TimeTec meneroka teknologi seterusnya; Cloud, IoT dan AI. Mulai tahun 2014, Syarikat telah memperkenalkan pelbagai penyelesaian cloud untuk pelbagai industri di seluruh dunia. TimeTec merupakan jenama yang dipercayai dalam pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, penyelesaian kediaman pintar dan bandar pintar. Dengan pengetahuan yang luas mengenai industri dan kepakaran dalam teknologi canggih, TimeTec bertekad menyediakan penyelesaian yang memenuhi keperluan masa hadapan.

Sistem TimeTec telah berada di pasaran sekitar 8 tahun dengan rangkaian pelanggan terkenal seperti QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Adabi, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka. Tonton video kami di https://bit.ly/TA-video-my


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS