Mempunyai sebilangan pekerja yang bekerja di lokasi yang berbeza merupakan cabaran bagi sesebuah syarikat. Bukan sahaja sukar untuk menentukan di mana kakitangan berada pada setiap masa, ia juga sukar bagi sebuah perusahaan untuk menguruskan proses produksi, prestasi penjualan, strategi, komunikasi, dan pada masa yang sama berusaha agar kakitangan tetap termotivasi, terlibat dan menunjukkan peningkatan dalam prestasi. Oleh itu, adalah wajar bagi syarikat-syarikat mula melihat bagaimana teknologi dapat membantu dalam mengatasi permasalahan ini. Teknologi GPS di telefon pintar merupakan penyelesaian yang sesuai untuk mengesan kakitangan, dan TimeTec TA menawarkan ciri tersebut di dalam aplikasi mudah alihnya.
TimeTec TA adalah penyelesaian kehadiran pintar berasaskan teknologi cloud yang menyediakan penjejakan GPS di Aplikasi mudah alihnya. Dengan menggunakan Aplikasi, kakitangan lapangan tidak perlu lagi bergegas untuk melapor diri ke pejabat atau untuk melapor keluar kerja kerana melapor kedatangan boleh dilakukan dari lapangan menggunakan ciri GPS yang dipasang di telefon pintar.
Penjejakan GPS dalam perisian kehadiran harian adalah penting, kerana ia akan membolehkan syarikat 'melihat' di mana kakitangan mereka berada pada setiap masa, dan untuk memantau prestasi dan interaksi di antara mereka.
Dengan ciri GPS, Aplikasi TimeTec TA dapat melakukan perkara berikut:
Kemudahan mengumpulkan data kehadiran bagi mereka yang bekerja di pejabat, di lapangan, termasuk mereka yang bekerja dari rumah
Kakitangan lapangan dapat menghantar status tugas kepada pegawai atasan mereka
Data kehadiran tersedia dalam masa sebenar, mudah bagi penyelia / pengurusan untuk memantau kakitangan
Data kehadiran melalui GPS tepat dan diselaraskan secara automatik ke perisian untuk tujuan-tujuan lain
Hubungi jejak lokasi pegawai dalam usaha mengekang penyebaran Covid-19
Menggunakan data dalam tuntutan perjalanan untuk tuntutan yang lebih tepat
GPS adalah ciri yang penting dan dicari oleh pelbagai organisasi, besar dan kecil. Syarikat terbaru yang menggunakan GPS adalah TNB Fuel Services Sdn. Bhd. Sifat perniagaan TNB Fuel memerlukan sebahagian besar kakitangannya berada di lapangan, dan TimeTec TA telah mempermudah pengurusan tenaga kerja bagi TNB Fuel, kerana Sumber Manusia dan pihak pengurusan mengetahui lokasi semua kakitangan.
Berita baik, TimeTec TA diberikan secara PERCUMA selama 3 bulan untuk semua IKS di Selangor melalui PRODUTK, Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja. Ini adalah usaha kolaborasi di antara Kumpulan TimeTec dan Kerajaan Negeri Selangor. PRODUTK menyediakan IKS dengan pengalaman secara terus bagaimana penggunaan digitalisasi boleh memanfaatkan perniagaan. PRODUTK terbuka untuk semua IKS Selangor sehingga 31 Disember 2020. Untuk mengambil bahagian, sila ke pautan ini: https://bit.ly/produtk-m dan anda boleh terus menggunakan ciri GPS di dalam Aplikasi.
Sekiranya perniagaan anda perlukan ciri ini, hubungi Encik Syed Firdaus Syed Fuzi di [email protected] untuk temujanji dan demo. Layari website TimeTec TA di www.timetecta.com
Tentang Kumpulan TimeTec
Kumpulan TimeTec menceburkan diri dalam teknologi biometrik pada awal milenium baru dengan pengkhususan di dalam bidang masa & kehadiran tenaga kerja dan sistem kawalan akses pejabat. Setelah menubuhkan jenama biometrik yang kukuh di seluruh dunia melalui jenama FingerTec, Kumpulan TimeTec meneroka teknologi seterusnya; Cloud, IoT dan AI. Mulai tahun 2014, Syarikat telah memperkenalkan pelbagai penyelesaian cloud untuk pelbagai industri di seluruh dunia. TimeTec merupakan jenama yang dipercayai dalam pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, penyelesaian kediaman pintar dan bandar pintar. Dengan pengetahuan yang luas mengenai industri dan kepakaran dalam teknologi canggih, TimeTec bertekad menyediakan penyelesaian yang memenuhi keperluan masa hadapan.
Sistem TimeTec telah berada di pasaran sekitar 8 tahun dengan rangkaian pelanggan terkenal seperti QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Adabi, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka.