Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Duti eksais vape: Kebaikan untuk semua pihak
Diterbitkan:  Nov 19, 2021 11:38 AM
Dikemaskini: 4:52 AM

Bermula 1 Januari depan, semua peranti rokok elektronik dan cecair perisa akan dikenakan duti eksais.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 mengumumkan cecair bernikotin akan dikenakan duti eksais pada kadar RM1.20 per mililiter (ml).

Pewartaan ini menimbulkan beberapa tanda tanya orang awam mahupun pemain industri.

Di kalangan orang awam, mereka tertanya-tanya adakah ini bermaksud kerajaan sudah mengiktiraf perniagaan vape?

Vape dan rokok elektronik sebelum ini dibelenggu persepsi negatif seperti rokok. Walaupun banyak hujah dibentang mengenai kurangnya bahaya vape berbanding rokok, namun ia tidak diendahkan oleh segelintir besar masyarakat.

Nanostix Innovations Sdn Bhd, salah satu jenama utama tempatan telah lama memperjuangkan perkara ini. Menurut jurucakapnya ketika dihubungi, mereka mengumpul banyak testimonial dari pengguna yang mengakui betapa berkesannya Nanostix sebagai alternatif untuk berhenti dari ketagihan merokok.

Berbalik kepada cerita duti eksais di atas. Penerimaan berbeza berlaku dalam kalangan syarikat yang mengeluarkan vape. Ada syarikat yang merasakan nilai cukai duti eksais yang dikenakan agak tinggi dan sudah pasti akan mempengaruhi harga jualan mereka.

Bagi Nanostix, mereka menerima baik pengenaan duti eksais ini. Pewartaan ini membolehkan syarikat vape di Malaysia lebih berstruktur dan dikawal setia.

Menurut Nanostix, mereka perlu berdaftar dengan pihak kastam dan mengemukakan semua senarai bahan mentah yang mereka gunakan dalam penghasilan cecair perisa vape. Jika mereka tidak mematuhi syarat ini, lesen perniagaan tidak akan dikeluarkan.

Ini akan menjadikan operasi pengeluar vape lebih telus (transparent). Malah kebaikannya akan dinikmati pengguna kerana mereka menggunakan produk yang diiktiraf selamat. Tiada lagi isu penyalahgunaan cecair vape berlaku jika penguatkuasaan dibuat sebaiknya.

Tambah Nanostix lagi, perniagaan vape sememangnya berpotensi besar untuk dimanfaatkan sepenuhnya demi kebaikan ekonomi negara. Dengan nilai runcit anggaran sekitar RM2.27 bilion, industri vape Malaysia adalah yang kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. Pengalaman memasarkan produk Nanostix dan menyertai pameran rokok elektronik di seluruh dunia meyakinkan mereka bahawa industri ini boleh memberi pulangan yang menguntungkan negara.

Begitu juga jika ditinjau dari sudut tenaga kerja manusia. Dianggarkan industri vape menyediakan peluang kerja kepada lebih 15 ribu rakyat Malaysia. Angka ini dijangka bertambah jika pewartaan duti eksais dilaksanakan. Untuk rekod, Nanostix sendiri mempunyai kira-kira 3 ribu pekerja di seluruh negara yang terdiri dari staf pengurusan, pengedar, ejen dan pekerja kilang.

Nanostix merasakan perkara ini sewajarnya diterima dengan terbuka oleh semua pihak. Kebaikan yang terkandung didalamnya lebih banyak berbanding keburukan. Negara mampu memperoleh hasil pendapatan baharu bagi mendepani kegawatan akibat pandemik Covid-19.

Bagi pengguna pula, duti eksais mungkin merisaukan kerana mereka bakal berhadapan dengan kenaikan harga. Memahami isu ini, Nanostix yang bakal mengeluarkan dengan peranti terbaharu dengan 33% peningkatan isipadu cecair perisa dan akan menyerap separuh dari harga baharu itu nanti.

Ia sebagai tanda penghargaan kepada pengguna yang selama ini setia dengan Nanostix. Pengguna Nanostix juga boleh menukar peranti lama mereka kepada yang baharu secara percuma pada 1 Januari 2022 di semua kedai sah Nanostix seluruh negara.

Sudah sampai masanya industri vape diterima dengan tangan terbuka. Ia bukanlah industri yang sempurna dalam pembangunan masyarakat. Namun ia ternyata menawarkan pilihan yang lebih baik berbanding keburukan yang ada sebelum ini.

Apa yang penting adalah penguatkuasaan menyeluruh agar ia tidak disalahgunakan. Di penghujungnya, vape tetap hanya alat.

Manusialah yang berkuasa untuk mengawalnya.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS