Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Produk Malaysia kebanggaan kita!
Diterbitkan:  Oct 20, 2021 1:56 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2021 yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mampu merangsang kepada pemulihan dan daya saing ekonomi.

Di samping menyemai semangat patriotisme, kempen ini juga merupakan satu platform untuk meningkatkan usaha penjenamaan serta kepercayaan pengguna terhadap kualiti produk tempatan. Selain membantu memasarkan produk, kempen ini turut mempamerkan kepelbagaian barangan tempatan.

Sektor swasta seperti e-dagang dan peruncitan turut membantu mendukung objektif kerajaan dengan usaha memacu pelbagai strategi sekali gus membantu para usahawan tempatan, agar mereka dapat meneruskan perniagaan meskipun berdepan dengan cabaran sukar ketika ini.

Produk tempatan mampu mempunyai standard global

Persahabatan yang terjalin selama lebih dari 20 tahun antara tiga sahabat berlainan kaum menjadi lebih erat apabila mereka bekerjasama untuk memulakan perniagaan menjual pes makanan setahun yang lalu. Syarikat mereka, SF Samudra Venture, menjual pes makanan di bawah jenama ‘SnugFood’.

Menurut pengasas bersama syarikat SF Samudra Venture, S. Govin, ‘Snug Food’ adalah pes makanan yang bertemakan juadah Malaysia dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis resipi. Antara produk yang ditawarkan adalah pes sambal untuk nasi lemak, sos sate, pes 'Penang Hokkien Mee', pes 'Penang Satay' dan sebagainya.

“Pes yang kami tawarkan akan memudahkan kerja memasak, menjimatkan kos serta memastikan masakan anda berkualiti setiap masa. Selain itu, produk ‘Snug Food’ juga mempunyai sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” Govin berkata.

“Pengenalan Kempen Beli Barangan Malaysia telah membuka pintu untuk kami dalam meningkatkan akses pelanggan sekali gus menerima maklum balas dan respons. Dalam bisnes, penerimaan maklum balas daripada pelanggan adalah sangat penting supaya produk yang dihasilkan seterusnya dapat ditambah baik,” katanya.

Walaupun kempen ini memberi pelbagai manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), namun begitu usahawan tempatan perlu memastikan penjenamaan produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah berkualiti tinggi. Ini akan mewujudkan rantaian pelanggan yang setia dan jenama anda akan dihargai.

“Pelanggan juga boleh melayari di laman Youtube di mana kami menyediakan banyak resipi mudah dengan menggunakan pes makanan ‘Snug Food’ dan untuk memperoleh lebih maklumat tentang produk ‘Snug Food’ anda juga boleh layari Instagram, Facebook, Twitter dan TikTok,” katanya.

Jenama Malaysia, Buatan Malaysia.

Saya sudah menggunakannya, anda bilo lagi?

Inginkan bekalan bahan pencuci untuk rumah pada harga mampu beli? BILO adalah pilihan terbaik untuk anda! BILO mengeluarkan produk seperti sabun pencuci pinggan dalam bentuk pes dan cecair, pembersih lantai 3 dalam 1, pembersih pembasmi kuman serbaguna, peluntur, pencuci tangan dan ‘sanitizer’.

Produk BILO adalah mesra alam, mempunyai PH seimbang dan mengandungi 4 jenis “surfactant” yang dapat memberi kepuasan kepada pencucian anda serta dapat menanggalkan semua kotoran degil dengan mudah.

Produk pertama BILO iaitu BILO Dishwash Paste, telah dilancarkan di Malaysia pada pertengahan tahun 2015. Sejak itu jenama BILO berjaya menembusi pasaran di seluruh Malaysia dan pelanggan boleh mendapatkannya di pasar raya besar seperti Lotus (sebelum ini dikenali sebagai Tesco), serta kedai berantai seperti Kedai PERNAMA, Mr Dollar, ECO Shop serta ECO Plus, selain daripada kedai runcit serta pemborong tempatan anda.

Menerusi kempen Beli Barangan Malaysia, produk BILO dapat diperkenalkan kepada orang ramai secara bersemuka di pelbagai lokasi di Malaysia. Jenama BILO juga telah mendapat pengiktirafan bukan sahaja di pasaran domestik tetapi juga di pasaran antarabangsa.

Rakyat perlu mengambil inisiatif dengan menyokong produk tempatan. Melalui sokongan ini, usahawan tempatan yang terlibat dengan sektor pembuatan produk akan dapat mengembangkan bukan sahaja perusahaan mereka tetapi dapat membuka peluang pekerjaan selain daripada menyumbang kepada pembangunan negara.

Peranan sektor peruncitan tempatan pula adalah untuk mengimbangi dan memberi peluang pemasaran bagi produk tempatan khususnya pada produk yang ada logo penandaan “Buatan Malaysia”. Biarlah ada persaingan antara jenama antarabangsa dan jenama tempatan kerana pada zahirnya produk yang sama tetapi pada harga yang berbeza. Oleh itu, apabila kita memilih produk di pasaraya dan kedai, luangkanlah masa sekitar seminit dua untuk membaca label yang tertera pada produk.

Sokonglah produk tempatan. Jika bukan anda, siapa lagi? Terokai semua produk BILO di pasaraya berdekatan dengan anda dan dapatkan semua maklumat mengenai bahan pencuci BILO melalui laman Facebook BILO atau di www.bilo.com.my

"Murah Tapi Kualiti Mahal"

Adakah anda penggemar kopi dan coklat tetapi ingin mengamalkan pengambilan minuman yang lebih berkhasiat? Jangan risau kerana di Mosha Kopi Dagang, anda boleh mendapatkan pelbagai produk minuman pra campuran dan “ready-to-go” berasaskan kopi, coklat, teh, tenusu dan buah-buahan yang kaya dengan khasiat vitamin, mineral, kalsium dan tinggi serat.

Menurut pengasas Mosha Kopi Dagang, Mohd Shariffuddin, mereka menawarkan pelbagai jenis kopi yang diformulasi dari asas rasa “Fresh Brewed Coffee” kepada bentuk hidangan serbuk yang mudah untuk disediakan.

Mereka juga pakar dalam menghasilkan produk-produk berkualiti premium serbuk pra campuran berasaskan koko. Di samping itu, Mosha Kopi Dagang juga menawarkan perkhidmatan pelabelan peribadi. Keunikan produk-produk Mosha adalah dari segi rasa yang premium pada harga rendah dan mampu milik berkonsepkan "Murah Tapi Berkualiti Mahal".

Beliau berkata bahawa kempen Beli Barangan Malaysia dapat memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa produk barangan tempatan juga adalah setaraf dengan produk antarabangsa serta dapat menarik minat ramai pengguna tempatan.

“Kempen ini adalah satu sokongan pengenalan produk tempatan buatan Malaysia kepada pengguna. Untuk mengelakkan produk tempatan menjadi pilihan kedua, kerajaan perlu mengawal kemasukan produk luaran supaya produk tersebut tidak menguasai pasaran dan pengedaran keperluan pengguna, ” Shariffuddin berkata.

“Pengeluar produk tempatan juga perlu mahir dalam formulasi produk dan mengeluarkan produk yang berkualiti tetapi tidak terlalu mahal daripada produk peneraju pasaran. Langkah ini akan membolehkan produk tempatan bersaing di pasaran”.

Dapatkan produk Mosha Kopi Dagang hari ini! Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman Facebook dan Shopee Mosha Kopi Dagang.

Akhir kata, usahawan tempatan perlu menginovasikan diri dalam dunia perniagaan dan pada masa yang sama pengguna juga perlu membuang persepsi bahawa produk import adalah lebih baik daripada barangan tempatan. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS