Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
3M memperkenalkan respirator KN95 pakai buang untuk melindungi pengguna daripada zarah bawaan udara, PM 2.5 dan alergen
Diterbitkan:  Aug 20, 2021 3:41 PM
Dikemaskini: Aug 25, 2021 5:51 AM

3M melancarkan respirator KN95 pakai buang baharu 3M™ 9513 Particulate Respirator KN95 hari ini yang direka bentuk untuk melitupi muka dan membolehkan udara melalui lapisan turas penapis, bukan di bahagian tepi respirator.

3M™ 9513 Particulate Respirator KN95 merupakan contoh aplikasi sains oleh 3M untuk menghasilkan produk yang lebih inovatif bagi melindungi pengguna dalam kehidupan seharian mereka.

Diperbuat daripada bahan penapis proprietari 3M, 3M™ Advanced Electrostatic Media, respirator ini menapis habuk dan zarah lain, sambil membolehkan pemakai respirator bernafas dengan mudah. Bahan penapis ini berupaya menapis sekurang-kurangnya 95% zarah bawaan udara seperti kotoran, habuk, pasir, zarah dari ekzos kenderaan, PM 2.5 dan alergen sekiranya digunakan mengikut arahan pemakaian yang betul.

Pelitup muka biasa dan pelitup muka perubatan sering kali longgar apabila dipakai, mewujudkan ruang terbuka antara pelitup muka dengan muka pengguna. 3M™ 9513 Particulate Respirator KN95 mempunyai empat lapisan beserta reka bentuk 3D yang selesa dan mudah untuk pemakai respirator bernafas.

3M™ 9513 Particulate Respirator KN95 menampilkan getah sisi boleh regang yang dilengkapi dengan cangkuk bagi memastikan respirator terletak rapi pada muka. Lapisan penapis yang lembut memudahkan pengguna bernafas dan lebih selesa dipakai. Selain itu, klip hidung yang terbenam menawarkan penampilan yang lebih kemas, dan sesuai untuk digunakan ketika bekerja dan kegunaan santai.

Respirator ini mengandungi mikrofiber cas tinggi yang berkesan meningkatkan pemerangkapan zarah bawaan udara dan membolehkan pemakai bernafas dengan mudah ketika musim jerebu, lazimnya dari bulan Jun hingga September di Malaysia.

“Sebagai peneraju global dalam perlindungan respiratori, kami mencipta respirator ini bagi memberi perlindungan kepada pengguna di mana sahaja dalam kehidupan seharian mereka,” jelas Megan Selby, Presiden Bahagian Kesihatan dan Keselamatan Pengguna 3M. “Respirator ini amat berguna bagi mereka yang mungkin terdedah kepada orang ramai atau debu seperti pengguna pengangkutan awam dan penunggang motosikal.”

Ketersediaan dan Harga

Respirator ini boleh didapati dalam pek mudah guna dan mudah simpan yang mengandungi satu atau tiga respirator setiap pek. 3M™ 9513 Particulate Respirator KN95 menampilkan reka bentuk menegak yang boleh dilipat leper agar mudah dipakai dan disimpan. Respirator ini mempunyai jangka hayat lima tahun dari tarikh pembuatan.

3M™ 9513 Particulate Respirator KN95 kini boleh didapati secara dalam talian di Lazada 3M Flagship Store dan Shopee 3M Official Store serta kedai-kedai terpilih pada Harga Runcit Cadangan RM6.00 bagi pek yang mengandungi satu respirator dan RM15.00 bagi pek yang mengandungi tiga respirator. 

3M™ 9513 Particulate Respirator KN95

Advertisement

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS