Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
PKS: Pentingkah pensijilan halal di kala pandemik?
Diterbitkan:  Aug 19, 2021 6:25 PM
Dikemaskini: 1:05 PM

Teknologi pendigitalan dalam era ini membuka peluang besar untuk sektor industri halal menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Pemain industri halal harus mengambil peluang ini dalam merancakkan pertumbuhan ekosistem halal secara berterusan dan menyeluruh hingga ke peringkat global. Walaubagaimanapun, untuk memastikan penerapan integriti dalam rangkaian halal ini terus berjalan, ternyata bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Namun begitu, cabaran tersebut telah memberi banyak manfaat kepada semua.

Untuk memahami kepentingan pensijilan halal dan peranan platform Halal Integrated Platform (HIP), Malaysiakini, Kinihalal dan Halal Development Corporation Berhad telah menggunakan ruang ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih menyeluruh daripada Syilda Ismail, Kinihalal, Dhaliff Anuar, Ketua Perundingan & Penasihat Halal, Halal Development Corporation Berhad (HDC), Rizal Bin Mohd Yusof, Ketua Perbankan PKS, Bank Islam Malaysia Berhad dan Mustapha Kamal Bin Omar, Pengasas Bersama Dietliciouss HQ.

Halal Integrated Platform (HIP) adalah platform halal digital tunggal terbesar yang menghubungkan pemain industri kepada kerajaan, perniagaan dan pengguna. Selain itu, platform ini juga memberikan peluang kepada peniaga untuk memperluaskan jangkauan pasaran ahli dan perdagangan dari dalam negara ke peringkat global.

Adakah kini masanya untuk kita memperkasakan sijil halal di Malaysia pada musim pandemik ini?

Dhaliff Anuar menjelaskan bahawa di Malaysia memiliki sijil halal bukanlah perkara yang wajib kepada semua, akan tetapi sijil ini merupakan satu elemen yang penting. Salah satu faktor yang menjadikan ia penting ialah pelanggan anda sendiri akan menjangkakan barangan yang dibeli adalah halal. Faktor kedua adalah sekiranya anda hendak memasarkan produk anda dengan lebih luas, kebanyakan pasaraya di Malaysia mewajibkan elemen sijil halal sebagai salah satu kriteria utama. Faktor ketiga adalah jaminan kualiti, hal ini kerana kepercayaan produk anda kepada pelanggan dapat dibina sekaligus menunjukkan komitmen anda untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

Bagaimana HDC dan Bank Islam dapat membantu industri halal untuk berkembang hingga ke pasaran global?

Menurut Rizal, perkembangan industri halal adalah sangat penting di mana Bank Islam dapat memainkan peranannya sebagai salah satu institusi perbankan Islam di Malaysia dalam memberi sokongan kepada industri halal, khususnya dalam bentuk sokongan kewangan, pembiayaan dan perdagangan antarabangsa. Bank Islam menyokong segala agenda kerajaan yang telah menyediakan pelbagai insentif dan platform yang komprehensif sebagai fungsi dalam memudahkan cara penyertaan, pengoperasian, perniagaan dan pertumbuhan PKS, khususnya dalam membentuk rangkaian perdagangan halal yang kondusif. Usaha Bank Islam dalam menyokong segmen PKS turut merangkumi penyediaan solusi kewangan lengkap yang memenuhi keperluan PKS, penganjuran program vendor serta penyediaan latihan keusahawanan berstruktur yang digelar “Program Pembangunan PKS”. Ia bertujuan untuk melahirkan usahawan yang membentuk sebuah perniagaan yang berdaya saing.

Adakah penting untuk mendapatkan sijil halal sebagai seorang usahawan?

“Selepas membuka kafe pertama di Wangsa Walk Mall, di situ lah timbulnya kesedaran saya terhadap kepentingan untuk memiliki sijil halal untuk produk saya. Walaubagaimanapun, proses untuk mendapatkannya sangat rumit. Sebagai seorang usahawan, pada mulanya fokus saya hanya tertumpu pada penjenamaan dan keuntungan semata-mata. Namun sekarang, saya dalam proses untuk mendapatkan sijil halal atas jenama Dietlicious untuk memajukan lagi perniagaan saya terutamanya dalam waktu mencabar seperti pandemik yang sedang berlaku hari ini,” kata Mustapha.

Menurut Dhalif, rintihan untuk mendapatkan sijil halal bukanlah pertama kali mereka dengar di HDC. Sebenarnya, pemohon hanya perlu mengikut garis panduan yang telah disediakan oleh Malaysian Standard dan Manual Prosedur Pensijilan Halal. Di HDC tugas mereka adalah untuk membantu dan membimbing orang awam mendapatkan sijil tersebut.

Bagaimana Dana Go Halal dapat memberikan bantuan kepada PKS tempatan kepada industri halal?

Menurut Rizal, Dana GO Halal atau dikenali sebagai pembiayaan halal PKS adalah usaha kerjasama antara Bank Islam dengan HDC dalam menawarkan program pembangunan kapasiti yang komprehensif dalam mempersiapkan usahawan yang lebih kompetitif dalam industri pasaran. Dana Go Halal disediakan untuk membantu PKS menyediakan kapasiti kewangan dalam bentuk pembiayaan keperluan modal, pembelanjaan modal perniagaan, latihan pensijilan dan kos khidmat nasihat berkenaan produk halal. Pembiayaan Go Halal boleh membantu PKS terutamanya golongan B40 dan M40. Untuk pengetahuan semua, dana ini mempunyai peruntukan sebanyak RM100 juta dan jumlah pembiayaan sehingga RM3 juta bagi setiap PKS dengan pembayaran selama 7 tahun. Walaubagaimanapun, pemohon perlu mendaftar sebagai ahli HDC terlebih dahulu.

Cuba kongsi pengalaman anda sebagai seorang ahli Halal Integrated Platform (HIP)?

HIP boleh diibaratkan sebagai sebuah pusat sehenti yang berfungsi sebagai pusat untuk mendapatkan segala maklumat dan konsultansi untuk proses pensijilan produk halal. Baru-baru ini kami telah mendapatkan konsultansi tentang lokasi yang strategik untuk untuk memulakan perniagaan di premis baru kelak. Konsultansi ini bukan sahaja mampu menjimatkan kos bahkan juga dapat memastikan perniagaan kita memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM. Selain itu, program-program yang ditawarkan oleh HIP adalah sangat inklusif dan dapat memberi peluang kepada PKS untuk memperluaskan penjenamaan ke peringkat global,” kata Mustapha.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan dalam HIP?

“Kebiasaanya apabila terdapat 50 ramuan yang berbeza yang digunakan untuk memproses makanan, 10 atau 20 ramuan tersebut perlu digantikan dengan ramuan yang mempunyai sijil halal dan proses ini akan menyulitkan pihak pengeluar produk. Hal ini juga akan mempengaruhi kualiti rasa, tekstur dan lain-lain. HIP akan memudahkan pengeluar produk mengubah dan mencari alternatif bagi produk lain. Selain itu, HIP juga masih dalam proses membuat penilaian kendiri. Ini membolehkan pemain industri menganalisa prestasi dan kedudukan syarikat anda. Penilaian ini akan merekodkan informasi dan laporan tentang aspek yang perlu dibangunkan dan diperkasakan,” kata Dhalif.

Bagaimana Bank Islam membantu dalam proses pensijilan halal dan apakah bentuk bantuan dan sokongan yang diberikan?

Menurut Rizal, pihak Bank Islam memberi bantuan kepada PKS yang berkelayakan melalui pembiayaan kos pekerjaan halal, kos khidmat nasihat, modal kerja dan perbelanjaan modal perniagaan. Selain itu, Bank Islam juga menyediakan platform digital yang dinamakan SME Expert dalam bentuk mobile app. SME Expert menyediakan pelbagai bentuk kemudahan kepada pihak PKS dalam melonjakkan daya saing dan pembangunan perniagaan serta keusahawanan PKS.

Menerusi penyediaan kemudahan perniagaan GO Halal PKS, penggabungan produk kemudahan perbankan Islam juga menyediakan perkhidmatan digital menerusi aplikasi mudah alih bersama HIP.

Aplikasi SME Expert juga menyokong ekosistem PKS dengan menyediakan pelbagai ciri-ciri yang memanfaatkan sektor tersebut seperti laporan ekonomi, maklumat terkini, perkembangan rangkaian perniagaan,, cara memohon kemudahan pembiayaan, platform e-pasaran, program-program di bawah agensi kerajaan, wawancara, webinar dan podcast.

Marilah kita bersama-sama menjadi satu komuniti yang meneraju dan menyokong ekosistem produk halal. Sertailah platform baru Halal Development Corporation Berhad, Halal Integrated Platform sekarang di https://bit.ly/3AbP33P dan anda berpeluang untuk memenangi baucar Grab berjumlah RM10, tajaan JomSettle!

Jangan lupa untuk menonton episod kedua Kinihalal bertajuk “Adakah peluang pekerjaan sektor halal semakin diperlukan? Apa potensinya?”. Daftar secara percuma di sini dan sertai kami di Zoom pada 23 Ogos 2021 (Isnin), pukul 3 petang. Jumpa anda di sana!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS