Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Petisyen #JanganNafiUndiKami Menjadi Viral Setelah 3,439 Rakyat Malaysia Menandatanganinya Dalam Masa Kurang Dari 48 Jam
Diterbitkan:  Aug 13, 2021 7:58 PM
Dikemaskini: 11:58 AM

Petisyen #JanganNafiUndiKami yang menuntut hak mengundi rakyat Malaysia ditambah-baik menjadi viral dalam masa kurang dari 24 jam setelah dilancarkan dan kini sudah mengumpulkan lebih dari 2 ribu tandatangan. Petisyen tersebut dilancarkan pada 12 Ogos 2021 dan pada masa rencana ini ditulis, sejumlah 3,439 rakyat Malaysia telah menandatanganinya.

Sejak dilancarkan, petisyen tersebut berjaya menarik perhatian ramai rakyat Malaysia termasuk personaliti-personaliti terkenal yang turut serta menandatanganinya.

Mereka termasuk Syed Saddiq, Luqman Yamin, Nalissa Amin, JJ Fernandez, Akeem Sharyzal, Harith Iskander dan Fahmi Fadzil.

Mengapa petisyen ini sangat penting bagi kita rakyat Malaysia

Kempen ini bertujuan menyeru kerajaan Malaysia untuk mengembalikan semula kuasa kepada rakyat dengan memastikan hak untuk mengundi mereka tidak dinafikan. Petisyen ini juga mengutarakan dua tuntutan iaitu:

1. Pelaksanaan segera UNDI18 dan Pendaftaran Pemilih Automatik (AVR)

Apa yang telah berlaku:

  • RUU UNDI18 telah diluluskan di parlimen dan sepatutnya dilaksanakan pada bulan Julai 2021.
  • Namun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menangguhkannya hingga September 2022 dengan dakwaan bahawa lebih banyak masa diperlukan untuk memprosesnya.
  • Oleh kerana itu, RUU ini hanya boleh dilaksanakan setelah PRU15.

Sementara itu, sistem Pendaftaran Pemilih Automatik (AVR) adalah sebahagian daripada rang undang-undang UNDI18 yang diluluskan di mana rakyat Malaysia yang layak akan didaftarkan secara automatik di dalam sistem pilihan raya dan mereka tidak lagi perlu mendaftar sendiri secara manual yang menjadi amalan sekarang.

Sistem ini akan melibatkan seramai 4.4 juta rakyat Malaysia yang layak tetapi belum mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Dengan menunda pelaksanaan kedua-dua perkara ini, dijangkakan seramai 7.8 juta rakyat Malaysia TIDAK akan dapat mengundi semasa PRU15 akan datang.

2. Meningkatkan akses pengundian kepada pemilih yang layak

Apa yang telah berlaku:

Lebih 1 juta rakyat Malaysia tinggal di luar negara tetapi kurang daripada 8,000 orang menggunakan undi pos untuk mengundi pada PRU14 yang lalu!

Selain itu ramai rakyat Malaysia yang layak tetapi masih menghadapi masalah untuk mengundi. Ini termasuklah:

  • Pengundi luar negeri: rakyat Malaysia yang tinggal di negeri yang berbeza dan harus kembali ke kampung halaman mereka untuk mengundi, terutama mereka yang tinggal di Semenanjung Malaysia tetapi harus kembali ke Sabah / Sarawak untuk mengundi dan sebaliknya.
  • Pengundi luar negara: Ini termasuk terutamanya rakyat Malaysia yang tinggal di Singapura, Brunei, Kalimantan dan Selatan Thailand. Mereka hanya layak mengundi sekiranya mereka menghabiskan sekurang-kurangnya 30 hari di Malaysia dalam lima tahun terakhir daripada pilihan raya sebelum ini.
  • Pengundi dari kawasan luar bandar: Rakyat Malaysia di kawasan luar bandar mungkin tidak mempunyai sumber daya yang cukup untuk keluar mengundi akibat daripada kekurangan wang atau masalah pengangkutan terutama sekiranya tempat mengundi terletak jauh dari kawasan mereka.

Oleh itu, petisyen #JanganNafiUndiKami adalah penting kerana ia dapat menjadikan proses pengundian lebih mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia demi melaksanakan hak asasi mereka sebagai rakyat.

Siapa di sebalik kempen ini?

Petisyen dalam talian ini telah dimulakan oleh Bersih, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan kepada pembaharuan institusi agar rakyat dapat menikmati Malaysia yang lebih baik dan penuh dengan harapan.

#JanganNafiUndiKami adalah sebahagian daripada kempen ‘Ketuanan Pengundi’ Besih yang memberi penekanan kepada 6 teras utama yang dikira sangat penting bagi Malaysia.

1. Tiada penafian ke atas hak pengundi - Ini termasuk melaksanakan UNDI18, sistem AVR dan menyediakan akses lebih baik kepada para mengundi seperti penambahan pusat mengundi di kawasan luar bandar dan mengadakan pusat pengundian berpusat yang lebih maju untuk pengundi tidak hadir.

2. Hentikan amalan lompat parti - Tumpuan harus diberikan untuk tidak membenarkan ahli politik melompat parti untuk keuntungan mereka sendiri melalui Pelaksanaan Undang-Undang Prosedur Pecat Wakil Rakyat.

3. Membebaskan Parlimen - Menuntut agar parlimen bebas berfungsi sepenuhnya secara profesional sebagai mekanisma semak dan imbang kepada kerajaan.

4. Hak untuk tidak bersetuju - Ini untuk memberi lebih banyak kebebasan kepada rakyat dari segi ucapan, ekspresi dan pergaulan tanpa harus menghadapi tuduhan jenayah.

5. Kedaulatan undang-undang - Memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang dengan lebih adil, terutamanya menghapuskan amalan layanan dan hukuman berat sebelah, pendakwaan selektif, penghapusan rasuah dan banyak lagi.

6. Hak-hak Kerajaan Negeri dan Demokrasi Tempatan - Desentralisasi pemusatan kuasa di Putrajaya kepada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan serta mengembalikan amalan pilihan raya kerajaan tempatan dan merangka belanjawan secara partisipatif.

Berdasarkan respon dari para netizen, dapat dilihat bahawa petisyen itu sangat dekat dengan pandangan rakyat ketika ini di mana ramai telah menyuarakan pendapat mereka tentang isu ini. Seorang pengguna telah membuat ciapan balas: "Pemuda hari ini adalah pemimpin masa depan. Teruskan perjuangan untuk memastikan bahawa suara-suara mereka didengari, YB."

Sekiranya anda ingin menyokong petisyen #JanganNafiUndiKami dan menyertai kami untuk meningkatkan akses pengundi di Malaysia, anda boleh menandatangani petisyen di sini.

Selain daripada tandatangan anda, anda juga boleh menyumbang dengan:

  • Berkongsi petisyen dengan keluarga dan rakan untuk memperolehi lebih banyak tandatangan.
  • Didik diri anda dan persekitaran anda tentang bagaimana undi rakyat Malaysia dinafikan.

Apa pendapat anda mengenai petisyen itu? Adakah anda menyokongnya atau tidak? Beritahu kami di bawah!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS