Khalid Jamlus bukanlah satu nama asing dalam dunia bola sepak tanah air.
Nama ini pernah meniti di bibir peminat bola sepak tanah air sama ada ketika beliau beraksi untuk pasukan Perak, Selangor mahupun skuad kebangsaan.
Khalid antara penyerang terbaik pernah dimiliki Perak FA dan merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan tersebut dengan 132 gol dalam semua kejohanan.
Ketika ditanya, apakah peristiwa paling beliau ingati sepanjang kariernya, Khalid lantas menjawab, amanat mendiang Karl-Heinz Weigang sebelum final Piala Malaysia antara Perak menentang Negeri Sembilan pada tahun 2000.
"Khalid, hanya seorang pemain akan menjadi pencetus kemenangan pada malam ini. Jika kamu memberikan 100% malam ini, Perak pasti akan melakar sejarah dan membawa balik Piala Malaysia" ujar Khalid mengungkap kata-kata mendiang.
Seperti dijangka, Khalid menjaringkan gol pertama pada malam itu dan membantu V. Saravanan menjaringkan gol kedua untuk kemenangan 2-0 - merealisasikan impian Karl-Heinz Weigang dan seluruh warga Perak.
Ketika bersama Selangor pula, Khalid tidak kurang hebatnya. Beliau menjadi tonggak utama di samping Bambang Pamungkas dan Brian Diego Fuentes, membantu Selangor merangkul 3 piala sekali gus pada musim 2005.
Di sebalik kejayaan yang dikecapi, terdapat juga cerita penyesalan dan tekanan yang dilalui Khalid.
Antara yang paling terkesan apabila beliau mengalami kecederaan sebelum Piala Dunia Remaja pada tahun 1997.
"Saya sangat kecewa. Kekecewaan ini lebih teruk rasanya berbanding dengan rasa putus cinta", ujar Khalid sambil tertawa besar, walaupun sedang mengenang saat kecewa.
Kekecewaan itu cuba beliau atasi dengan satu pilihan salah, iaitu apabila Khalid memilih untuk mula merokok.
Bermula dengan kotak kecil, tabiat ini menjadi semakin kronik apabila semakin lama semakin banyak rokok yang dihisap oleh beliau.
"Sehingga satu tahap, saya merokok 3 ke 4 kotak sehari" ujar Khalid dengan nada penyesalan.
Dikenali sebagai seorang yang suka berterus-terang, beliau terbuka mengakui khilafnya.
"Ini kesilapan besar yang saya buat dalam hidup saya" kata Khalid Jamlus.
"Pada umur sekitar 20 hingga 30 tahun, kesannya tidak dirasai sangat. Namun apabila usia mencecah 40-an, apabila kita mula memberi lebih perhatian kepada kesihatan, penyesalan mula timbul," sambung Khalid.
"Saya juga merasakan stamina saya menjadi semakin teruk dan semakin semput apabila berlari" tambah Khalid yang memang dikenali sebagai seorang pemain bola sepak yang pantas mencuri peluang.
Apabila keadaan semakin kronik, Khalid Jamlus dinasihatkan oleh keluarga dan kawan-kawan untuk mencuba alternatif lain.
"Memanglah berhenti terus lebih baik. Namun setiap benda dalam hidup kita perlu ada strategi dan tempoh peralihan. Jika kita tidak mampu berhenti sepenuhnya, kita boleh cuba beralih kepada satu alternatif yang lebih baik" kata Khalid Jamlus yang merupakan seorang strategis yang digeruni lawan.
"Ibarat bermain bola, berhenti merokok juga perlu ada strategi. Strategi saya, saya cuba memilih alternatif yang lebih baik sebelum berhenti sepenuhnya suatu hari nanti" tambah beliau lagi.
"Jadi saya mencuba Nanostix. Memang terbukti kebergantungan saya terhadap merokok turun dengan mendadak dan saya mula dapat mengawal perbelanjaan setiap hari," tambah Khalid.
Jika anda juga seorang perokok tegar seperti Khalid Jamlus, anda juga harus menyertai Cabaran 7 Hari dengan melayari www.cabaran7hari.com hari ini.
Melalui cabaran ini jika anda tidak berjaya berhenti merokok dalam 7 hari, wang anda akan dikembalikan sepenuhnya. Untuk polisi pemulangan, layari : Klik di sini untuk polisi pemulangan