Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Kaedah mudah & santai melabur saham untuk pulangan konsisten setiap tahun
Diterbitkan:  May 19, 2021 2:48 PM
Dikemaskini: 7:11 AM

Adakah anda ingin melabur saham tetapi kurang pasti kaedah terbaik untuk mendapatkan pulangan yang konsisten tahun demi tahun. Terdapat pelbagai teknik dan kaedah dalam konsep pelaburan saham – yang mana satu sesuai untuk anda terapkan? Jika anda sering sibuk dengan tugasan kerja seharian atau urusan perniagaan, apatah lagi hal rumahtangga, sememangnya anda kesuntukan masa dan tenaga, untuk memantau pergerakan harga saham setiap hari.

Anda perlukan kaedah yang mudah lagi santai, bukan?

Cerialah! Sememangnya ada satu kaedah yang mudah dan santai yang boleh dipraktikkan oleh pelbagai golongan untuk mendapatkan pulangan yang konsisten dari pelaburan saham tahun demi tahun.

Untuk memahami konsep pelaburan saham yang mudah dan santai ini, Malaysiakini menggunakan ruang ini untuk mendapat penjelasan daripada pakar pelaburan saham Helmy Kasim, Ketua Pelaburan Syariah dan pendidik kewangan VI College.

Helmy Kasim, Ketua Pelaburan Syariah dan pendidik kewangan VI College

Apakah pulangan saham yang dapat diperolehi?

Dalam pelaburan saham, pulangan atau keuntungan sebenarnya boleh diperolehi dari dua hingga tiga cara iaitu:

  • kenaikan modal

  • pemberian dalam bentuk dividen mahupun pemberian saham tambahan.

Kenaikan modal atau dalam terma English ‘capital gain’ bermaksud apabila sesuatu saham dibeli pada satu harga dan harga saham tersebut meningkat, perbezaan antara dua harga tersebut dipanggil kenaikan modal.

Selalunya kenaikan modal tersebut didorong oleh pertumbuhan perolehan perniagaan serta keuntungan syarikat. Apabila prestasi syarikat tersebut berkembang dan berdaya tahan, maka harga sahamnya juga turut menunjukkan peningkatan dan di situ para pelabur dapat menjana keuntungan yang berganda.

Pemberian dividen pula merupakan pendapatan tunai yang diterima oleh pemegang saham secara pasif. Namun, di dalam pelaburan saham, kebiasaannya pembayaran dividen tidak tetap. Ini bermaksud dividen akan berubah-ubah bergantung kepada prestasi perolehan dan polisi dividen syarikat.

Jumlah dividen akan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah syarikat dan dipersetujui oleh pemegang saham dalam mesyuarat agung. Lembaga Pengarah akan mengumumkan pengeluaran dividen lebih awal daripada tarikh pembayaran untuk membolehkan pemegang saham mendaftarkan saham ke atas nama mereka.

Pelabur boleh melihat rekod lampau syarikat tersebut untuk mengetahui sama ada ia membayar dividen secara konsisten ataupun tidak.

Ada juga syarikat yang memberi pulangan selain daripada pembayaran dividen tunai, iaitu dengan pemberian saham tambahan. Di sini, para pelabur menjana keuntungan dengan memperolehi lebihan unit-unit saham daripada syarikat yang dilaburi mereka.

Apakah yang perlu diketahui seseorang pelabur baru?

Sebelum membuat keputusan untuk melabur saham, anda perlu fahamkan matlamat serta objektif kewangan anda dahulu. Tanpa matlamat yang jelas, ia seolah-olah melabur tanpa perancangan dan hala tuju. Anda juga perlu menetapkan tempoh yang sesuai untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Setelah mempunyai perancangan, perkara seterusnya adalah menetapkan corak pemikiran anda – melihat saham dari konteks pemilikan syarikat serta memilih saham dari syarikat-syarikat berkualiti sahaja.

Pembelian saham itu merupakan satu kegiatan yang disertai dengan niat untuk memiliki sebahagian pegangan hak milik dalam perniagaan sesebuah syarikat. Pegangan saham tersebut adalah dalam bentuk ekuiti atau nilai bersih syarikat.

Sebagai pelabur, anda perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam menguruskan modal pelaburan anda ke dalam syarikat berkenaan dengan meluangkan sedikit masa dalam memahami model perniagaannya, latar belakang pihak pengurusannya dan juga prestasi kewangannya. Langkah ini adalah perlu bagi memastikan bahawa saham syarikat tersebut berkualiti dan mantap.

Menerusi kaedah ini, anda dapat mengurangkan risiko kerugian atau hilang duit dalam pasaran saham.

Bagaimana pelabur baru dapat menjana pulangan yang konsisten dalam pelaburan saham memandangkan ada juga pelabur saham berpengalaman yang sering mengalami kerugian?

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat pelbagai teknik dan strategi melabur saham. Ramai pelabur dipandu dorongan kekayaan cepat, sehingga dorangan tersebut menguasai pemikiran rasional mereka.

Masalah kerugian juga sering timbul kerana ramai pelabur serta pedagang suka membuat spekulasi terhadap harga saham dan tidak dapat mengawal emosi terhadap pergerakan harga saham yang mendadak. Ramai di kalangan pelabur dan pedagang hanya fokus melakukan kajian dan menumpukan banyak masa ke atas pergerakan harga saham tanpa mengambil kira beberapa aspek asas yang penting bagi kelangsungan seseorang pelabur dalam pasaran.

Anda perlu ingat disebalik setiap saham terdapat satu atau lebih perniagaan yang beroperasi dibawah kendalian syarikat. Oleh itu, proses pemilihan saham yang berkualiti merupakan satu aspek yang amat penting untuk dilakukan oleh setiap pelabur saham.

Saham yang berkualiti ini selalunya adalah daripada syarikat yang mempunyai kriteria model perniagaan yang mantap, pengurusan yang baik, dan prestasi kewangan yang konsisten.

Selain memilih saham yang berkualiti, anda juga wajar mempertimbangkan aspek membuat perbandingan antara harga saham dengan nilai perniagaan syarikat. Langkah ini penting supaya anda dapat membeli saham syarikat pada harga di bawah nilai sebenar sesuatu saham agar peluang untuk mendapat pulangan lebih cerah dan konsisten.

Strategi ini amat sesuai untuk dipraktikkan bagi pelbagai peringkat umur tanpa mengira latar belakang dan pengalaman setiap pelabur. Ini bermakna pelabur yang masih baru pun boleh gunakan kaedah ini.

Strategi yang santai ini lebih selamat dan konsisten untuk dipraktikkan untuk jangka masa panjang. Ia diibaratkan seperti memiliki angsa emas yang akan sentiasa bertelur dan menghasilkan telur emas sebagai pulangan untuk masa depan.

Zaman teknologi dan inovasi sekarang ini sememangnya memudah dan mempercepatkan proses para pelabur mengkaji saham. Inovasi VI App telah membantu ramai pelabur saham dalam memilih saham-saham yang berkualiti serta membuat penilaian dalam waktu yang singkat.

Perkara paling penting adalah niat dan semangat untuk mempelajari ilmu serta kaedah santai melabur saham.

Lebih petua melabur saham dari Helmy boleh dibaca di sini dan sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bengkel pelaburan saham Malaysia dan saham global patuh Syariah yang dianjurkan oleh VI College, click sini bagi berdaftar untuk sesi webinar pelaburan saham percuma.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS