Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
5 cara Pocky menceriakan Ramadan dan Raya anda
Diterbitkan:  Apr 22, 2021 3:11 PM
Dikemaskini: Apr 23, 2021 10:01 AM

Syawal menjelang tiba. Tetapi dengan penularan Covid-19 dan hajat balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kini tidak dapat ditunaikan, anda mungkin terasa Raya tahun ini macam tidak “on” seperti dulu.

Usahlah muram. Dengan melaraskan diri kepada norma baru, kita masih boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah, dan selamat.

Di sini, kami senaraikan 5 cara Pocky boleh menceriakan Ramadan dan Hari Raya Adilfitri anda. Mood Raya tetap ON dengan Pocky!

1. Saat buka puasa lebih ceria dengan Pocky

Masa berbuka puasa itu salah satu ketika penting yang paling dinantikan di bulan Ramadan. Pocky bukan saja enak, ia praktikal sebagai snek untuk buka puasa.

Biskut stik premium Pocky enak yang tanpa remah (no crumbs) dan tidak mengotorkan tangan menjadikan Pocky senang dibawa (pocketable) dan dinikmati di mana jua – sememangnya makanan ideal jika anda tidak sempat berbuka dengan hidangan biasa.

Bayangkanlah jika anda masih di perjalanan balik ke rumah atau di kawasan umum pada saat buka puasa. Nak berbuka dengan kuih-muih pun susah juga kerana leceh, berminyak dan sebagainya. Selalu berbuka dengan kurma bosan juga. Dengan Pocky senang saja, dan terdapat aneka rasa yang enak untuk dipilih.

Pocky juga sesuai untuk sahur jika anda tidak ingin makan makanan yang berat.

Ciri-ciri unik Pocky juga membuatnya amat sesuai untuk dikongsi dan dinikmati bersama (shareable) dengan keluarga dan teman-teman. Sememangnya makanan lebih sedap bila dinikmati bersama.

Pocky dikongsi, ceria tetap ON.

2. Pocky sebagai ganjaran, terutamanya bagi kanak-kanak yang mula berpuasa

Berpuasa 13.5 jam bukan senang bagi orang dewasa, apa lagi kanak-kanak. Bagaimanakah anda mendorong kanak-kanak untuk berpuasa?

Satu-satunya taktik ialah menyediakan makanan kegemaran mereka untuk bersahur dan berbuka. Snek-snek manis dan lazat seperti Pocky ideal dijadikan ganjaran bagi kanak-kanak untuk berpuasa.

Coklat, strawberi, cookies & cream, dan banyak lagi pilihan Pocky yang lazat… sukar juga nak cari kanak-kanak yang tak suka keenakan Pocky. Orang dewasa juga!

3. Proses membuat biskut raya lebih ceria dengan Pocky, terutama bila anda dah bosan dengan resipi tradisional

Menjelang Syawal, pasti ramai mula membuat biskut raya. Beratusan resipi boleh anda cuba – tradisional, moden, senang, kompleks. Syok juga cuba resipi baru kan?

Apa kata anda cuba buat biskut raya dengan Pocky? Layarilah www.pocky.com/recipes untuk inspirasi – pelbagai resipi kek dan biskut unik boleh didapati di situ.

Ingin membuat chocolate chip cookie? Cubalah resipi Pocky mudah yang dikongsi oleh Chef selebriti Ili Sulaiman -saksikan di sini.

Sukses membuat biskut yang unik dan sedap sesungguhnya memuaskan.

4. Biskut unik Pocky menceriakan Aidilfitri anda

Apa jua biskut atau kek unit Pocky yang anda berjaya buat akan menjadi kebanggaan anda kelak di Hari Raya, dijamu kepada sanak saudara dan kawan-kawan dengan senyuman besar.

Ia juga bakal menjadi topik perbincangan, menceriakan lagi mood Aidilfitri anda.

5. Pocky: snek raya ceria disukai ramai

Pocky popular di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Jamulah Pocky sebagai snek raya – ia tentu laku. Siapa yang tak suka Pocky?

Pocky menceriakan Aidilfitri anda! Pocky dikongsi, ceria Raya tetap ON.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS