Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Akauntan Profesional akui minat punca mereka mengajar!
Diterbitkan:  Apr 7, 2021 10:46 AM
Dikemaskini: 10:22 AM

Katharene Expedit merupakan seorang akauntan professional yang pernah berbakti di beberapa firma perakaunan tersohor dunia, termasuk di salah sebuah firma terkemuka Big Four, sebuah firma penasihat korporat di Australia dan juga di Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Namun, jika diberikan pilihan antara kerjaya di firma besar atau sebaliknya, beliau memilih untuk mengajar. Kini, sudah lebih 12 tahun beliau bergelar tenaga pengajar.

Katharene Expedit, Pengarah Program Sekolah Pengajian Profesional di Taylor, percaya bahawa kelayakan perakaunan membolehkan seseorang menceburi dunia perniagaan dan mencapai kedudukan dalam dunia korporat.

“Mengajar adalah satu kerja yang memerlukan tenaga keras dan ianya bukanlah semata-mata mengejar kekayaan di dunia ini,” jelas Katharene yang merupakan Pengarah Program Sekolah Penggajian Profesional di Kolej Taylor’s. Beliau dikenali sebagai pensyarah yang giat bersyarah dalam jurusan Asas Perakaunan ACCA (FIA).

Katharene akui bahawa beliau berbesar hati melihat kejayaan dan perkembangan pelajar-pelajar di bawah didikannya. “Salah seorang pelajar saya pernah memberitahu bahawa kejayaannya hari ini merupakan hasil motivasi dan dorongan yang saya berikan ketika dia belajar di bawah didikan saya! Selain itu, seorang lagi pelajarnya yang pernah menerima anugerah kelas pertama memberikan label ‘Ibu Perakaunan’ kepada saya. Penghargaan seperti ini nyata memberikan kepuasan dan satu ganjaran bonus yang tidak boleh dinilai oleh wang ringgit.”

Pensyarah ACCA Bryan Chan menyatakan bahawa pengalamannya di dalam industri perakaunan sebelum ini telah membolehkannya mempersiapkan pelajarnya dengan kemahiran dan pengetahuan dunia sebenar.

Bryan Chan Loke Teng yang juga merupakan seorang akauntan professional dan juga pensyarah program ACCA di Kolej Taylor’s berkongsi cerita, “Saya merasa amat selesa menjadi warga pendidik setelah mendapat inspirasi dari guru tuisyen Prinsip Perakaunan sewaktu saya di bangku sekolah tingkatan empat.”

Tambahnya lagi, “Ramai yang mengatakan kepada saya bahawa mengajar ini bukan jaminan untuk berganjak laju dalam urusan kerjaya. Tetapi, saya sentiasa percaya bahawa setiap orang pastinya tahu apa yang ingin dicapai dalam hidup dan perancangan akan datang.”

Ketika ditanya pengalamannya menjadi warga pendidik, Bryan Chan menjelaskan, “Menjadi seorang warga pendidik adalah ibarat menyampaikan cahaya kepada generasi akan datang dengan memberikan mereka nasihat hidup serta bimbingan untuk mempersiapkan mereka untuk masa hadapan. Pendidikan adalah benteng kepada masa hadapan yang cerah.”

Menurut beliau lagi, pengalamannya dalam bidang perakaunan di dunia korporat merupakan satu kelebihan bagi pelajar-pelajarnya, dimana beliau dapat berkongsi pengetahuan dunia sebenarnya bersama-sama mereka.

"Saya juga dapat berkongsi contoh-contoh praktikal sebenar yang boleh diaplikasikan kepada pelajar agar mereka dapat memahami sukatan pelajaran dengan lebih baik serta mengetahui pelbagai cara untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan perakaunan,” jelas Bryan Chan.

“Pengalaman yang saya lalui ketika di syarikat multinasional juga telah mematangkan cara saya berfikir dan secara tidak langsung ianya meningkatkan kemahiran interpersonal dan komunikasi saya. Ini jelas amat berguna kerana saya dapat berkongsi ilmu dan kemahiran saya pelajari dahulu kepada pelajar, untuk mempersiapkan mereka dengan pengetahuan tentang bagaimana dunia pekerjaan berfungsi secara amnya selepas mereka tamat penggajian disini nanti,” cerita Bryan Chan.

Katharene menjelaskan bahawa ramai mempunyai perspektif yang kurang tepat tentang bidang perakaunan, dan menganggap bahawa akauntan hanya berurusan dengan nombor.

“Menjadi seorang akauntan bukan sekadar membilang angka sahaja, malah kami miliki pelbagai potensi lain yang ramai tidak ketahui. Dengan adanya kelayakan perakaunan, ianya memberikan kemahiran dan pengetahuan yang luas yang membolehkan mereka menceburi dunia korporat serta bidang perniagaan. Mereka juga berpeluang untuk menjadi seorang intraprenuer ataupun usahawan. Kelayakaan ini akan menjadi medan pembuka kepada dunia perniagaan dan pekerjaaan yang lebih luas lagi,” tambah Katharene.

Katharene juga mendedahkan bahawa program ACCA (FIA) ini adalah yang jalan terpintas bagi mereka yang ingin mendapatkan kelayakan akauntan professional, dan kolej Taylor’s telah membenamkan kursus kemahiran berfikir secara kreatif serta kritis di dalam program tersebut.

“Pelajar juga akan mendapat perhatian khusus dan lebih peribadi kerana kelas yang diajar berada pada skala yang kecil berbanding di tempat lain. Pelajar juga boleh berurusan dan mengadakan rundingan dengan pensyarah selepas waktu kelas, dengan jadual lebih fleksibel,” jelas Bryan Chan.

Dengan adanya platform ReWind, pelajar akan dapat mempelajari semula kuliah mereka yang mana mereka terlepas atau tertinggal pada bila-bila masa dan di lokasi mana mereka berada.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program ACCA (FIA), sila layari laman sesawang khas: https://college.taylors.edu.my/en/study/professional-studies/acca-fia.html.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS