Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Ingin melabur saham tapi khuatir ianya haram? Kenalilah cara melabur saham patuh Syariah
Diterbitkan:  Mar 16, 2021 11:34 AM
Dikemaskini: May 18, 2021 8:48 AM

Kini, ramai mulai sedar kepentingan melabur. Berbanding pelaburan di instrumen yang biasa seperti emas dan amanah saham, semakin ramai kini berminat untuk melabur di pasaran saham. Di antara pendorong utama minat melabur saham ini adalah potensi pulangan yang lebih tinggi.

Namun, disebabkan ramai pelabur yang suka membuat spekulasi, ada yang menganggap kegiatan ini bagaikan judi (bermain saham), kerana mengejar kenaikan harga saham tanpa ilmu semata-mata, tanpa berlandaskan jual-beli pegangan aset yang jelas, sememangnya seperti berjudi yang haram hukumnya.

Untuk memahami pelaburan saham dalam konteks Islam, Malaysiakini memanfaatkan kepakaran Helmy Kasim, Ketua Pelaburan Syariah, pendidik kewangan VI College.

Hukum melabur saham, sepertimana yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, adalah melabur saham itu harus, tetapi mestilah dalam saham patuh Syariah, kata Helmy.

“Saham patuh Syariah adalah saham yang bebas daripada unsur riba, gharar (kontrak yang samar-samar), judi dan kegiatan terlarang lain. Hukum ini pada dasarnya terbit daripada dua syarat sah jual-beli dalam Islam, iaitu pertama, barang yang dijual adalah barang yang mubah (harus manfaatnya) dan kedua, barang dan wang yang terlibat dalam transaksi mestilah diketahui dengan jelas sumbernya,” jelas Helmy.

Carta di bawah memberi keterangan lanjut mengenai penilaian dan saringan saham-saham patuh Islam.

Sumber: VI College

Majlis Penasihat Syariah: badan penilai saham patuh Syariah

Di Malaysia, kita bertuah mempunyai Majlis Penasihat Syariah di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertindak sebagai badan penilai. Antara tugasan badan ini adalah mengkaji produk dan perkhidmatan di bursa Malaysia untuk memastikan kepatuhan Syariahnya.

“Dengan adanya badan penilai, kita tidak perlu bersusah payah menyaring sendiri aktiviti perniagaan dan kewangan syarikat,” kata Helmy.

Majlis Penasihat Syariah telah mempermudah urusan jual beli saham bagi pelabur yang beragama Islam di Malaysia dengan mengeluarkan senarai saham patuh Syariah dua kali setiap tahun – pada bulan Mei dan November – yang boleh dijadikan sumber rujukan sebelum membeli saham.

“Saringan saham patuh Syariah telah mula membuka mata ramai pelabur Islam bagi mendapat peluang dalam aktiviti pelaburan saham di Malaysia,” kata Helmy.

Indonesia juga ada badan saringan saham patuh Syariah iaitu Daftar Efek Syariah, tambahnya.

Bagaimana pula di peringkat antarabangsa?

Terdapat ribuan syarikat tersenarai di pasaran saham di seluruh dunia dan ribuan juga yang patuh Syariah. Namun pelaburan saham patuh Syariah di luar negara masih menjadi sesuatu yang kurang diterokai oleh pelabur di Malaysia kerana kurangnya pengetahuan dalam pelaburan di peringkat global. Antara cabarannya adalah mencari kaunter patuh Syariah.

“Disebabkan kekangan ini, pelabur tempatan terlepas peluang pelaburan saham-saham patuh Syariah global yang berpotensi memberikan pulangan lumayan,” kata Helmy.

“Asasnya, pelabur tidak perlu bimbang dalam mencari kaunter patuh Syariah kerana senarainya telah pun tersedia ada untuk kemudahan pelabur Islam. Anda cuma perlu rujuk sahaja,” kata Helmy.

Kaedah 3R

“Dalam memilih saham untuk pelaburan, ada beberapa perkara penting perlu dikenal pasti. Di VI College misalnya, kaedah 3R dicipta sebagai panduan. 3R di sini bermaksud Right Business, Right Management dan Right Numbers,” kata Helmy.

Helmy menjelaskan bahawa kaedah 3R ini lebih sesuai untuk pelabur yang bermatlamatkan jangka masa Panjang. Ianya seperti kaedah yang digunapakai pelabur saham terkaya dunia, Warren Buffet. Model 3R secara asasnya menyemak fundamental syarikat. Sebelum saham dibeli, syarikat disaring kualitinya berdasarkan model perniagaan, pihak pengurusan syarikat dan tahap kewangan syarikat.

“Kaedah saringan ini penting bagi mengenal pasti syarikat yang berkualiti serta berprestasi. Hal ini juga merupakan langkah pengurusan risiko untuk mengelak pembelian saham syarikat yang berisiko rugi atau bankrap dan seterusnya membuat pelabur kehilangan modal,” jelasnya.

Adakah sekarang masa baik untuk melabur saham?

Ramai beranggapan pandemik yang menyebabkan kejatuhan harga saham dunia merupakan masa yang tidak sesuai untuk melabur.

Bagi Helmy, harga saham yang jatuh sebenarnya peluang besar untuk pelabur membeli saham pada harga diskaun dan menikmati keuntungannya apabila pasaran saham pulih semula.

“Pasaran saham sentiasa turun naik. Memang itu sifatnya, tetapi sejarah membuktikan bahawa dalam jangka masa panjang, pulangan saham tetap memberikan pulangan paling lumayan,” katanya.

Kebanyakan pelabur yang mengambil peluang ketika kejatuhan saham ini dipanggil Value Investor. “Pandemik atau tidak, saham-saham dari syarikat dengan perniagaan berkualiti akan terus berupaya untuk memberi pulangan bagi pelabur dalam jangka masa panjang,” kata Helmy.

Value Investing

Helmy sarankan Value Investing, iaitu kaedah pelaburan saham berasaskan nilai. Asasnya, saham sesebuah syarikat dibeli berdasarkan nilai dan bukan harga semata-mata.

“Nilai sesebuah syarikat diukur dengan mengambil kira nilai intrinsik sahamnya. Apabila harga saham semasa berada di bawah nilai intrinsik, saham itu dianggap sebagai ‘undervalue’ dan pelabur kaedah Value Investing kebiasaannya akan membeli pada harga di bawah nilai ini,” jelas Helmy.

Nilai intrinsik ini boleh didapati melalui kaedah pengiraan tertentu atau lebih mudah lagi, melalui aplikasi VI App, katanya.

Aplikasi VI App, ciptaan VI College, membolehkan analisis saham dibuat dengan lebih pantas, bijak dan mudah. VI App telah diberikan Lesen Penasihat Kewangan di bawah Akta Penasihat Kewangan (CAP. 110) oleh Monetary Authority of Singapore (MAS), khusus untuk memberi nasihat kepada orang umum dengan mengeluarkan dan menyebarluaskan analisis dan laporan kajian.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bengkel pelaburan saham Malaysia dan saham global patuh Syariah yang dianjurkan oleh VI College, click sini bagi berdaftar untuk sesi webinar pelaburan saham percuma.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS