Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Residensi Setia Seraya: Kondominium Berdekatan Dengan Alamanda Putrajaya
Diterbitkan:  Feb 26, 2021 1:31 PM
Dikemaskini: Mar 1, 2021 9:56 AM

Seperti yang ketahui, Putrajaya serba lengkap dengan pelbagai kemudahan dan masih mengekalkan konsep bandar hijau. Ia sememangnya sesuai didiami oleh mereka yang menginginkan suasana tenang dan hijau. Pada masa yang sama, dapat menikmati ciri-ciri kemodenan bandar Putrajaya.

Reka bentuk Putrajaya sebagai sebuah bandaraya yang dirancang menjadikannya tempat yang nyaman dan sesuai didiami oleh seisi keluarga. Residensi Setia Seraya memanfaatkan ciri-ciri unik Putrajaya ini.

Residensi Setia Seraya merupakan bakal mercu tanda baru di Putrajaya. Dengan ketinggiannya menjangkau 41 tingkat, projek baru di Presint 15 ini akan menjadi bangunan kediaman tertinggi di kota Putrajaya.

Dicipta untuk penghuni kota yang cerdas, Residensi Setia Seraya menawarkan kediaman yang mengoptimumkan keselesaan, kemudahan dan keanggunan moden yang unik.

Nikmati kehidupan yang holistik dengan persekitaran yang harmoni dan menyegarkan di projek freehold (pegangan kekal) baru S P Setia ini. Hidup dengan gaya di Residensi Setia Seraya!

Suasana dan pemandangan yang tenang serta pelbagai kemudahan rekreasi ala resort menanti anda di Residensi Setia Seraya. Selain sebuah kolam renang panjang Olimpik, ia mempunyai dua lagi kolam renang – khusus buat wanita dan kanak-kanak. Senaman tidak hanya terhad di gim bahkan anda boleh bersenam di luar, dikelilingi kehijauan dan udara segar, di trek joging atau kawasan khusus senaman luar. Bersantai dan luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga di hanging lounge, pegola, atau pavilion. Kemudahan-kemudahan lain di Setia Seraya termasuklah kawasan BBQ, trek refleksologi, ruang membaca, taman permainan kanak-kanak, dan kedai runcit/kafe.

Selain itu, anda juga boleh menikmati lanskap Putrajaya dari Sky Garden – pandangan dari bangunan kediaman tertinggi di Putrajaya ini pasti mengagumkan.

Dengan hanya 363 unit, Setia Seraya menawarkan privasi maksimum. Projek ini menawarkan tiga jenis unit untuk dipilih:

  • Jenis A: 1,002 kaki persegi; 3 bilik tidur, 2 bilik mandi.
  • Jenis B: 1,202 kaki persegi; 4 bilik tidur, 3 bilik mandi.
  • Jenis C: 1,420 kaki persegi; 3 bilik tidur, 2 bilik mandi + 1 lanai (4 unit sahaja).

Dengan susun atur yang luas ini, anda tidak perlu risau tentang ruang rumah walaupun keluarga anda terus berkembang.

Residensi Setia Seraya terletak di lokasi yang strategik iaitu di Presint 15, Putrajaya. Disertakan dengan kemudahan akses ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Utara-Selatan, dan Lebuhraya KESAS. Dengan akses lebuhraya yang mantap ini, anda boleh ke mana-mana dengan mudah seperti ke Pusat Bandar Kuala Lumpur atau kawasan lain di Semenanjung. Tambahan, projek ini hanya 9km dari Putrajaya Sentral, di mana anda boleh menaiki Express Rail Link (ERL) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau KL Sentral dalam masa yang singkat.

Kemudahan dan hab utama berdekatan termasuk:

  • Bangunan-bangunan kerajaan
  • Institusi pendidikan: Universiti Herriot-Watt, UNITEN, Sekolah Antarabangsa Nexus dan sekolah kebangsaan rendah & menengah.
  • Pusat kesihatan: Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang
  • Pusat membeli-belah: Alamanda Putrajaya dan IOI City Mall 
  • Taman rekreasi: Taman Rimba Alam dan Taman Botani.

Reka bentuk unik dan bandar terancang Putrajaya menjadikannya tempat yang selesa didiami bagi yang membina keluarga.

Harga kediaman di Setia Seraya bermula daripada RM480,000. Dapatkan sebuah unit sekarang dan nikmati pengecualian duti setem untuk Instrumen Pemindahan (iaitu Memorandum Pemindahan, MOT) dan Instrumen Perjanjian Pinjaman di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020/21. Selain itu, anda juga boleh bermanfaat daripada pakej tanpa bayaran tempahan dan bayaran pendahuluan.

Kunjungilah Setia Putrajaya Galleria di Presint 15 untuk mengetahui Residensi Setia Seraya dengan lebih lanjut. Anda juga boleh lawati http://www.setiaseraya.com atau hubungi +603 8861 6500.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS