Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Tidak kira lelaki atau wanita, semua orang boleh melabur saham
Diterbitkan:  Feb 23, 2021 3:40 PM
Dikemaskini: May 18, 2021 8:49 AM

Di media sosial ketika ini, ada saja post pelbagai jenis pelaburan seperti pelaburan saham dan pelaburan hartanah... nampaknya sudah ramai yang berkecimpung dalam dunia pelaburan. Mungkin anda juga mahu merebut peluang dalam melabur saham bagi meningkatkan pendapatan malah menjadikan ia sebagai kerjaya baru anda. Tetapi anda khuatir dan tertanya-tanya: haruskah saya melabur di waktu pandemik seperti sekarang? Apakah risikonya? Bagaimana kaedah terbaik untuk melabur? Dan sebagainya.

Sekarang ni melabur adalah satu keperluan, bukan lagi pilihan, tidak kira bila waktunya, pandemik atau tidak, kata Helmy Kasim, Ketua Pelaburan Syariah, pendidik kewangan di VI College.

“Sebenarnya pelaburan perlu dijadikan tabiat kita setiap bulan tanpa mengira pandemik ataupun tidak, kerana ia dapat meningkatkan tahap kewangan seseorang individu mahupun sesebuah keluarga. Pelaburan sangat penting bagi mengimbangi status kewangan kita daripada impak inflasi yang menyebabkan berlakunya kenaikan kos dan harga barangan mahupun servis di sekeliling kita,” kata Helmy.

Namun Helmy menekankan bahawa sebelum kita melabur, kita perlu membuat tabungan dahulu.

“Mulakan tabiat menabung dulu, simpan wang. Penting tabiat ini, untuk kita menhadapi keadaan sukar nanti, sebab kita pun tak tahu bila waktu sukar akan datang. Macam yang belaku sekarang ini, tanpa kita bersiap sedia, berlakunya pandemik,” kata Helmy.

Helmy Kasim, Ketua Pelaburan Syariah, pendidik kewangan di VI College

Majoriti masyarakat hanya bergantung kepada satu jenis pendapatan sahaja, sama ada gaji dari pekerjaan ataupun bagi yang berniaga, mendapat hasil dari perniagaan mereka. Kebergantungan hanya kepada satu sumber pendapatan amat tinggi risikonya, kata Daniel Lim, Speaker dan Trainer, VI College.

“Pandemik ini telah membuktikan bahawa pendapatan bulanan kita, dari gaji atau perniagaan kita, sebenarnya rapuh dan tidak tetap. Oleh itu, semua orang harus melabur untuk membina pendapatan kedua dalam kehidupan mereka,” kata Daniel Lim.

Melabur itu merupakan satu kegiatan mengasingkan sebahagian wang ke dalam instrumen pelaburan, jelas Helmy. “Jadi, sementara seseorang itu sibuk bekerja ataupun berniaga, wang yang dilaburkannya juga akan turut bekerja untuk dia. Melabur ni diibaratkan sebagai jalan untuk mengecapi kebahagiaan kewangan masa depan. Pelabur lagenda, Warren Buffett memberi definisi melabur sebagai satu proses meletakkan wang sekarang untuk menerima lebih banyak wang pada masa akan datang.”

“Kalau seorang individu melabur, dia akan mempunyai lebih banyak pendapatan. Kehidupan dia akan menjadi lebih mudah dan kualiti gaya hidupnya pun meningkat. Dengan disposable income yang lebih banyak, dia akan lebih rela untuk berbelanja. Dan perbelajaan ini adalah pendapatan orang lain,” kata Daniel Lim.

“Sekiranya kitaran ini sentiasa berulang, maka ekonomi negara juga makmur,” tambah Daniel Lim.

Tetapi janganlah tergesa-gesa untuk melabur, tegas mereka.

“Jangan melabur tanpa ilmu. Sebelum anda berkecimpung dalam pelaburan saham, belajar dahulu – sama ada melalui buku, kursus, atau seminar online,” kata Daniel Lim.

VI College mengajar anak murid mereka memahami saham dari konteks pemilikan syarikat serta memilih saham dari syarikat-syarikat berkualiti sahaja.

“Ini bermakna sebelum kita membuat keputusan untuk melabur di dalam apa jua saham, kita perlu memeriksa latarbelakang syarikat, kekuatan prestasi kewangannya, siapa pihak pengurusannya, dan yang paling penting, adakah model perniagaan syarikat tersebut boleh pergi jauh,” kata Helmy.

“Jangan mudah berspekulasi tetapi melaburlah dengan ilmu. Bila kita melabur dengan ilmu, kita sudah melakukan due diligence kita, insyaAllah, semua orang boleh melabur saham,” kata Helmy.

Ilmu yang dipupuk dalam pelaburan saham juga boleh diaplikasikan ke atas diri dan perniagaan kita, tambah Daniel Lim.

Ingin ketahui cara memilih syarikat yang hebat dalam masa 2 jam untuk memulakan perjalanan pelaburan saham anda? Sertai Seminar Pelaburan Saham Syariah online yang diperkenalkan oleh VI College secara percuma!

Berapakah amaun minima yang diperlukan untuk melabur?

Kita tidak semestinya memerlukan amaun yang banyak untuk melabur. Yang paling penting adalah disiplin dan konsistensi, kata Daniel Lim.

“Di VI College, kami mengajar kaedah ‘Value Investing’ – menggunakan kuasa faedah kompaun untuk membina kekayaan. Jadi berita baik ialah anda boleh melabur dengan amaun kecil. Memang tidak boleh dinafikan jika anda bermula dengan amaun yang banyak, maka pulangannya pun lebih banyak. Tapi yang penting, anda perlu ada disiplin untuk simpan duit serta konsisten dalam perlaburan anda, dan biarkan kuasa faedah kompaun membina kekayaan anda,” kata Daniel Lim.

Kepada soalan ‘Wajarkah seseorang menggunakan pengeluaran i-Sinar KWSP untuk pelaburan?’, Daniel Lim berkata: “Hanya guna wang I-Sinar itu untuk tujuan melabur jika anda ada ilmu yang betul. Jika tidak, dahulukan perbelanjaan yang penting dulu. Melabur selepas ada simpanan yang cukup.”

Mahu cuba melabur tetapi anda seorang skeptik (bukan risk taker)?

Helmy maklum setiap orang mempunyai kegelisahan masing-masing. “Seseorang yang skeptik boleh pertimbangkan kaedah strategi melabur secara konservatif dengan tumpuan terhadap pemeliharaan modal, atau capital protection, berbanding dengan pulangan pasaran,” dia berkata.

“Mereka boleh melabur dalam instrumen deposit tetap atau fixed deposit, pelaburan unit amanah, amanah saham, dana pasaran kewangan atau bon, ataupun cari saham-saham yang berisiko rendah yang lazimnya terdiri daripada syarikat-syarikat yang mempunyai modal pasaran besar (large-cap stocks / blue chip),” kata Helmy.

Adakah seorang wanita disarankan memasuki bidang pelaburan?

Mengikut data Bursa Malaysia, hanya 30% pelabur adalah wanita. Tetapi di kelas-kelas VI College telahpun muncul trend lebih ramai wanita berminat untuk melabur, kata Daniel Lim.

“Saya bukan saja sarankan tetapi amat menggalakkan wanita untuk memasuki bidang pelaburan. Pelaburan tidak membezakan kalau anda wanita atau lelaki. Ya, dalam sesetengah pekerjaan atau bidang sukan, jantina mungkin memainkan peranan tetapi dalam pelaburan, everyone has the same level playing field. Pelaburan saham ini bergantung kepada ilmu, intelek dan emosi seorang pelabur. Jadi wanita dan lelaki semua pun boleh asah bakat dan potensi mereka dalam pelaburan saham,” kata Daniel Lim.

Kepada pihak wanita, Daniel Lim berkata: “Jangan takut. Melabur ini bukan untuk lelaki sahaja. Anda juga boleh melabur dan mencari nafkah untuk keluarga.”

Helmy juga menyarankan kanak-kanak dan remaja didedahkan mengenai ilmu pelaburan.

“Mengapa? Sebab kanak-kanak sudah mula didedahkan kepada topik wang di sekolah. Kanak-kanak dan remaja juga diberi duit belanja sekolah dan diajar bagaimana untuk berbelanja. Belanja itu merupakan aktiviti duit keluar. Sebab itu, mereka juga perlu didedahkan dengan ilmu bagaimana untuk lakukan aktiviti duit masuk. Tabiat menabung dapat digalakkan dalam minda kanak-kanak serta remaja jika mereka didedahkan lebih awal mengenai kebaikan pelaburan ini. Malah pelabur terkaya di dunia, Warren Buffett, telah mula menimba ilmu pelaburan sejak usianya 11 tahun lagi,” kata Helmy.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bengkel saham dan pelaburan yang dianjurkan oleh VI College, klik sini bagi mendaftar untuk sesi webinar pelaburan saham percuma.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS