Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Alamanda sumbang bekalan makanan bernilai RM10,000 kepada Hospital Putrajaya
Diterbitkan:  Sep 26, 2020 2:57 PM
Dikemaskini: 6:57 AM

Pusat Beli-belah Alamanda (Alamanda) menyumbang bekalan makanan bernilai RM10,000 kepada Hospital Putrajaya yang terdiri daripada makanan ringan seperti kopi, teh dan paket Milo serta aneka biskut.

Bantuan RM10,000 tersebut disalurkan hasil daripada kutipan "Tribute Fund" semasa perayaan Hari Merdeka Alamanda baru-baru ini, di mana setiap kali pembeli menebus T-shirt Merdeka edisi terhad dan mengundi untuk pertandingan seni VIKids, Alamanda menyumbang RM10 kepada "Tribute Fund" untuk kepentingan barisan hadapan medik dan kakitangan di Hospital Putrajaya.

Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata, “Diharap sumbangan bekalan makanan ini dapat serba sedikit membantu para kakitangan Hospital Putrajaya. Ini adalah masa untuk memberi pengharagaan kepada para petugas barisan hadapan akan jasa dan pengorbanan mereka yang luar biasa disamping dedikasi yang tinggi serta komited dalam menjalankan tanggungawab mereka dalam tempoh yang getir ini.

Ameer Thajudeen, Pengurus Besar Pusat Beli-belah Alamanda menyampaikan sumbangan bekalan makanan “Tribute Fund” tersebut kepada YBhg. Datuk Dr. Nora'i Mohd Said, Pengarah Hospital Putrajaya.

Dr Nora'i Mohd Said mengulas, "Sumbangan dari Alamanda ini sangat bermakna buat kami. Bagi pihak komuniti Hospital Putrajaya, kami amat berterima kasih di atas inisiatif dan sokongan pihak Alamanda." 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS