Penambah baikan dan penaikan taraf ruangan tambahan di Suria KLCC kini siap. Sebelumnya diduduki oleh Parkson Malaysia, kawasan yang diperbaharui yang terletak di Ramlee Mall menawarkan gabungan jenama F&B dan fesyen eklektik kerana lebih daripada 60 kedai mengambil alih tiga tingkat yang telah dirombak. Penambahan baru ini bukan sahaja akan menarik pembeli ke pusat membeli-belah, tetapi juga meningkatkan pengalaman pembeli dengan lebih banyak pilihan produk dan perkhidmatan untuk dipilih.
Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata, “Ianya adalah suatu realiti yang membanggakan bagi kami dalam merealisasikan proses penambah baikan serta pengubahsuaian yang siap mengikut jadual. Kami telah memastikan bahawa terdapat barisan jenama premium, perniagaan tempatan, dan pilihan F&B yang mantap untuk memenuhi keperluan semua pelanggan kami bagi menghasilkan kejayaan berterusan Suria KLCC”
Beliau menambah, “Dengan pembangunan semula ini, Suria KLCC telah secara rasmi menandakan kejayaannya dengan membawa banyak kedai 'pertama' ke dalam pasaran Malaysia lalu meningkatkan kedudukan Suria KLCC sebagai pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur. Walaupun beberapa kedai akan beroperasi pada peringkat kemudian, kami telah melancarkan banyak kedai lain sejak awal tahun ini”.
Antara kedai kedai yang telah memulakan operasi termasuk:
Aras Bawah “Ground”
- Givenchy – Selami pelbagai jenis produk berjenama Givenchy yang telah membuka butik kecantikkan pertama mereka di Asia Tenggara di Suria KLCC. Produk-produk yang ditawarkan adalah produk wangian, alat solek dan produk penjagaan kulit.
- Gucci Beauty – Jenama yang berasal dari Itali, “Gucci Beauty” telah membuka butiknya yang pertama di Malaysia yang menawarkan rangkaian produk kecantikan seperti gincu dan minyak wangi.
- Estee Lauder – Estee Lauder telah membuka butik utama di Malaysia yang menampilkan lima seleksi kaunter yang menawarkan rangkaian produk khusus di setiap kaunter yang berlainan seperti produk penjagaan kulit dan juga alat solek.
- The History of Whoo – Buat julung kali nya, Suria KLCC memperkenalkan produk “The History of Whoo” yang berasal dari Korea yang telah membuka butik pertama mereka di Malaysia.
- Sisley – Jenama terkenal dari Perancis ini kini telah membuka butik sulung mereka di Malaysia. Selami rangkaian lengkap produk kecantikan “Sisley” yang mana terdiri daripada keperluan rawatan kulit dan alat solek. Pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat nasihat mengenai masalah kulit mengikut yang umum dan khusus.
- Louis Vuitton – Menawarkan penampilan segar dan moden, kedai Louis Vuitton bukan hanya mendapat ‘facelift’ tetapi telah memperluas kedainya untuk menawarkan koleksi beg terbaru dan barang-barang siap pakai kepada pembeli.
Aras Satu
- COS – Butik COS yang bertempat di aras bawah dan satu memberikan sentuhan minimal yang diperhalusi dengan penyesuaian perabot khusus bagi memastikan hiasan dalaman butik selari dengan pembawakan imej COS. Aspek imej amat dititkberatkan apabila kombinasi panel kaca yang rata dan berlengkung menjadi hiasan utama bagi memperhalusi suasana “open space” serta “natural light”.
- Le Labo – Antara rangkaian antarabangsa “artisan” yang mewah, Le Labo menceburi pasaran minyak wangi di Malaysia dengan membuka butik sulung mereka di Suria KLCC yang juga menampilkan minyak wangi ikonik yang dihasilkan melalui proses pembuatan atas tempahan.
Para pengunjung juga dapat menikmati kelainan suasana baru dan kontemporari di medan selera “Signature” Suria KLCC bertempat di Aras Dua yang tidak kurang hebatnya dengan pengenalan seleksi F&B yang baharu:
- 108 Matcha Saro – Kafe “108 Matcha Saro” adalah pertama di Malaysia dan juga cawangan yang terbesar di dunia.
- Mad Mex – Mad Mex yang berasal dari Australia kini tampil buat julung kali nya di Malaysia bagi memperkenalkan hidangan “Mexico” yang sememangnya memberi suatu kelainan buat para pengunjung.
- Serai – Serai adalah rangkaian restoran yang terkenal dengan sentuhan kepelbagaian makanan tempatan, kini membuka cawangan baru di Suria KLCC. Pengunjung dapat menikmati pelbagai hidangan tradisi masyarakat Kantonis, “Malay Fusion” dan juga hidangan Nyonya.
- Ahh-Yum by Kampong Kravers – Sejajar dengan perkembangannya, Ahh-Yum kini sedia menghidangkan juadah yang berkonsep dari Kampong Kravers, telah membuka cawangan pertama di medan selera Suria KLCC menawarkan aneka hidangan dengan harga yang sangat berpatutan.
Selain daripada itu, Suria KLCC juga menempatkan pelbagai jenama ‘homegrown’ dengan menyambut pelbagai produk gaya hidup Muslim yang menarik yang memenuhi keperluan pembeli jenama fesyen sederhana. Menyediakan produk berkualiti tinggi dan tidak perlu diperkenalkan di kalangan pembeli Muslim, jenama seperti dUCk, Sofia Iman dan SK (Siti Khadijah) pasti membuat kehadiran mereka terasa di Tingkat 2. Kedai APOM juga terletak di kawasan ini. APOM menghimpunkan produk Malaysia yang direka dengan unik yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia dan bagi pelancong untuk membawa pulang A Piece of Malaysia (APOM).
Kedai kedai terkenal serta kedai F&B lain yang akan dilancarkan pada peringkat kemudian adalah seperti berikut:
- BAPE – Jenama terkenal “BAPE” atau dikenali sebagai “Bathing Ape” akan membuka butik sulung mereka di Malaysia di Suria KLCC. Antara pembukaan yang dinanti-nantikan, “BAPE” menawarkan rangkaian produk untuk kaum lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.
- BAPE Café – Satu satunya di dunia, “BAPE Café” bakal dibuka tidak lama lagi hanya di Suria KLCC.
- I.T – Jenama premium dari Hong Kong, “I.T” bakal membuka tirai pasaran buat pertama kalinya di Malaysia.
- Omotesando Koffee – Antara kafe yang hangat diperkatakan di Jepun, Omotesando Koffee akan menembusi arena kopi di Malaysia, menjanjikan pengalaman kopi yang unik untuk semua penggemar kopi.
- Dragon-i Restaurant – Dengan kehadiran mereka sebagai restoran mesra Muslim, Restoran Dragon-i pastinya akan digemari ramai di Suria KLCC.
- David Rocco’s Dolce Vita – Dimiliki oleh selebriti chef terkenal, Chef David Rocco bakal membuka restoran Dolce Vita yang pertama bertaraf antarabangsa di Suria KLCC. Pengunjung kini dapat menikmati pengalaman menjamu selera hidangan hasil air tangan Chef David Rocco sendiri yang terkenal dengan makanan “Italian”.
Disamping mempertengahkan jenama-jenama antarabangsa, pengubahsuaian dan kerja penaikkan taraf sedang dijalankan di Medan Selera Signature yang bertempat di aras 2 menjanjikan pilihan F&B yang menarik dan pelbagai. Melalui penyusunan premis yang berintegrasi, Suria KLCC kini menumpukan sepenuh perhatian di dalam meningkatkan daya tarikan pengunjung selain dari mewujudkan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan.
Dengan menerapkan norma baru dan untuk memastikan operasi perniagaan tanpa gangguan sambil menjaga kesejahteraan pembeli dan kakitangan, Suria KLCC telah mengambil langkah pencegahan seperti menempatkan cecair pencuci tangan di lokasi yang strategik dan mudah akses, melakukan pemeriksaan suhu badan setiap hari ke atas semua pengunjung dan pekerja di pelbagai lokasi di dalam pusat membeli-belah, meningkatkan kekerapan pembersihan di setiap sudut pusat membeli-belah dan mempraktikkan penjarakan sosial sejauh dua meter dalam usaha memastikan persekitaran yang bersih dan selamat.