Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Makluman khas talian zakat harta & fitrah sepanjang Ramadan 1441H
Diterbitkan:  May 4, 2020 12:02 PM
Dikemaskini: 4:02 AM

Pihak Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS telah menyediakan alternatif kepada semua masyarakat Islam untuk menunaikan Zakat Fitrah secara dalam talian “ONLINE” sepenuhnya. Kaedah pembayaran Zakat Fitrah di Negeri Sembilan melalui 5 saluran bayaran berikut: 

i. Portal Rasmi Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS iaitu dengan melayari www.zakatns2u.biz/fitrah

ii. Aplikasi PBMalNS MAINS yang hanya boleh di muat turun “download” oleh pengguna Android sahaja melalui “google play”.

iii. Aplikasi MyEG yang hanya boleh di muat turun “download” oleh pengguna Android sahaja melalui “google play”.

iv. Aplikasi SnapNpay yang boleh dimuat turun “download” oleh pengguna Android melalui “google play” dan pengguna IOS melalui “Apple store”.

v. Melayari portal perbankan internet “internet banking” di telefon pintar atau komputer melalui medium JomPay

Sepanjang Ramadan 1441H, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS (PBMAINS MAINS) telah menyediakan Talian Zakat Harta & Fitrah. Sekiranya tuan/puan mempunyai kemusykilan dan persoalan berkaitan dengan Zakat Harta & Fitrah khususnya Fitrah secara dalam talian (online), boleh menghubungi talian di bawah:

(i) Aplikasi WhatsApp: 011-6383 2858

(ii) Talian Pejabat: 06 -761 4423

Talian pejabat ini akan beroperasi 7 hari seminggu sepanjang Ramadan bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Segala maklumat lanjut dan terkini berhubung zakat fitrah 1441H/2020M bagi Negeri Sembilan boleh didapati di semua saluran rasmi seperti:

i. Laman sesawang : www.pbmalns.gov.my

ii. Facebook : Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS

iii. Instagram : @perbadananbaitulmalns

iv. Twitter : https://twitter.com/pbmalns 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS