Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Saluran bayaran zakat PPZ-MAIWP sempena ramadan 2020/1441H
Diterbitkan:  Apr 23, 2020 7:11 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Ramadan tahun ini dilihat agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Meskipun begitu, Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) tetap menyediakan pelbagai kemudahan saluran pembayaran zakat kepada masyarakat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selari dengan motonya “Memudahkan Anda Berzakat”.

Sebagai usaha membantu kerajaan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19, PPZ-MAIWP menggalakkan urusan pembayaran zakat dilakukan secara dalam talian melalui pautan www.zakat.com.my. Segala urusan pembayaran, semakan, kiraan zakat serta cetakan resit rasmi boleh dilakukan di pautan ini.

Selain itu, PPZ-MAIWP juga baru sahaja melancarkan portal bagi pembayaran zakat fitrah secara dalam talian melalui pautan fitrah.zakat.com.my. Portal ini diwujudkan atas dasar cakna dengan keperluan semasa untuk memudahkan orang ramai dalam menunaikan kewajipan Rukun Islam ketiga dengan lebih cepat, mudah dan selamat hanya menggunakan gajet dari rumah.

PPZ-MAIWP juga akan membuka lima cawangan kaunter bermula 1 Ramadan bagi memberi kemudahan kepada pembayar yang kurang mahir menggunakan platform digital atau dalam talian. Lima kaunter yang terlibat ialah Taman Shamelin Perkasa, Wangsa Maju, Taman Tun Dr. Ismail, Putrajaya Presint 15 Diplomatik dan Labuan. Kaunter akan dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat sepanjang Ramadan bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Pembayaran zakat di semua kaunter PPZ-MAIWP boleh dibuat secara tunai, cek, kad debit dan kad kredit perbankan Islam. 

Dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19, PPZ-MAIWP akan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memastikan keselamatan semua pelanggan dan warga kerja PPZ-MAIWP terjamin.

Antara saluran lain yang turut disediakan oleh PPZ-MAIWP adalah melalui ejen-ejen sah yang dilantik oleh PPZ-MAIWP iaitu empat belas (14) perbankan internet, PayHalal, MyEG, Pos Online dan juga pembayaran menggunakan e-wallet melalui U Mobile dan juga Boost.

Selain Zakat Fitrah, antara zakat harta yang digalakkan untuk ditunaikan sepanjang Ramadan bagi mendapat gandaan pahala adalah Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham.

Saya menyeru agar semua umat Islam di Wilayah Persekutuan untuk merebut keberkatan hikmah Ramadan dengan berzakat agar lebih ramai asnaf dapat dibantu terutama di dalam keadaaan yang sukar ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pembayar zakat khususnya di Wilayah Persekutuan kerana telah menjadi 'hero' kepada asnaf.


AHMAD SHUKRI YUSOFF

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS