Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Sungai dan perairan lebih bersih ketika PKP
Diterbitkan:  Apr 20, 2020 1:52 PM
Dikemaskini: 6:07 AM

Ketika dunia bergelut dengan penularan COVID-19, mungkin terdapat hikmah tersembunyi untuk alam persekitaran kita. Sejak kegitaan manusia banyak yang terhenti, terdapat pelbagai berita yang menunjukkan peningkatan kualiti alam sekitar. Kebanyakkan negara di seluruh dunia melaporkan perairan atau sungai mulai kelihatan bersih, dan ada yang kelihatan habitat hidupan haiwan liar di kawasan ini.

Senario yang sama juga berlaku di Malaysia apabila mereka yang tinggal berhampiran dengan Sungai Klang turut melaporkan kualiti air sungai menjadi lebih bersih dan jernih. Global Environment Center (GEC), dalam beberapa laporan media baru-baru ini, menyatakan peningkatan kualiti air sungai dapat dilihat terutamanya di Sungai Gombak, Sungai Way dan Sungai Kemunsing sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula bulan lepas.

Sungai Gisir sebelum PKP pada March (kiri) dan ketika PKP (kanan). Sungai Gisir adalah anak Sungai Klang yang terletak di Hulu Klang, Selangor.

Sebelum ini, sungai-sungai tersebut selalu menjadi “mangsa” dan tumpuan pengaliran sampah sarap di kawasan komersil, industri dan kediaman. Malah, banyak sungai-sungai di Malaysia tercemar teruk sehingga turut menganggu bekalan air bersih di beberapa negeri, terutamanya di Selangor.

Pada tahun lepas, Selangor terpaksa melalui keperitan gangguan bekalan air ekoran tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab merosakkan alam sekitar. Insiden jenayah seperti membuang bahan buangan industri secara haram telah melumpuhkan pembekalan air bersih harian kepada para pengguna. Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd selaku syarikat pembetungan nasional, telah segera mengerahkan banyak tenaga kerjanya untuk mengekang tindakan tersebut, namun masih terdapat lebih daripada 400,000 buah lurang-lurang pembetungan di seluruh negara yang berpotensi menjadi tumpuan penjenayah untuk melakukan kegiatan haram berkaitan.

Sebagai salah satu perkhidmatan penting negara, IWK akan terus beroperasi dan menyelenggara sistem pembetungan awam serta menyediakan perkhidmatan pembetungan kepada rakyat Malaysia. Bekerja dalam industri 3D iaitu kotor, sukar dan bahaya dan seringkali dilupai kerana kerja-kerja IW adalah di peringkat akhir kitaran air iaitu merawat air sisa kumbahan daripada pelbagai premis, kepada suatu tahap di mana efluen terawatnya selamat untuk dilepaskan kembali ke perairan atau sungai.

Air yang bersih dan jernih di pantai Batu Ferringhi, dimana effluent dilepaskan dari loji rawatan kumbahan IWK.

Barisan hadapan pekerja operasi yang menguruskan 8,147 loji-loji rawatan kumbahan dan stesen-stesen pam, sentiasa melakukan kerja pada tahap terbaik mereka bagi memastikan sistem pembetungan beroperasi lancar pada waktu tempoh yang sukar ini. Loji-loji rawatan kumbahan beroperasi tanpa henti 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Pada tempoh ini juga keperluan kepada perkhidmatan ini tidak boleh terganggu atau gagal yang mana kesannya nanti pastinya menjadi amat serius.

Pada waktu segala kegiatan dan pergerakkan manusia dikurangkan, loji-loji rawatan kumbahan terus melepaskan efluen terawat ke dalam sungai yang nyata menunjukkan peningkatan kualiti yang begitu ketara sekarang ini. Kualiti efluen terawat ini telah menjalani pelbagai proses rawatan sehingga mencapai tahap yang selamat untuk dilepaskan ke dalam sungai-sungai. Ini adalah kerana kaedah operasi IWK yang mematuhi tahap piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan kawalselia. Sebagai contoh, terdapat 954 buah loji-loji olahan kumbahan awam dengan jumlah kapasiti sebanyak 9,800,000 populasi setara yang melepaskan sebanyak 2,200 juta liter sehari (mld) air efluen terawat ke dalam Sungai Klang dan kesemua loji-loji ini melepaskan efluen terawat pada tahap yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Beberapa lokasi pengambilan air efluen terawat yang dilepaskan ke dalam Sungai Klang dan menunjukkan kualiti visual air efluen tersebut. Dari kiri ke kanan: Poin A – Hulu Sungai Klang; Poin B – Sungai Kerayong; Poin C – Hilir Sungai Klang.

Bagaimanapun, apa orang ramai mungkin tidak memberi perhatian, adalah terdapat pelbagai punca pencemaran sepanjang sungai-sungai ini. Selain daripada efluen terawat yang dilepaskan daripada loji-loji rawatan kumbahan terdapat juga bahan buangan seperti dari loji rawatan buangan industri, loji rawatan sampah pepejal (leachate), pasar basah, kawasan pertanian dan ternakan yang tiada kemudahan rawatan, air basuhan, pembuangan haram serta kawasan setinggan. Tanpa pengurusan yang baik ke atas pelepasan bahan-bahan buangan ini, pastinya ia akan mencemarkan sunga-sungai kita.

Baru-baru ini, Sungai Tasek Anak berhampiran Pantai Tengah Langkawi telah menunjukkan kualiti air yang bersih dan jernih berbanding sebelum tempoh PKP. IWK sebelum ini telah beberapa kali dipersalahkan oleh beberapa komuniti tempatan kerana didakwa melepaskan “air hitam”. Namun sejak penutupan sektor komersil ketika PKP, Loji Rawatan Kumbahan IWK Pantai Tengah (LKI029) telah melepaskan sebanyak 4.16 juta liter (MLD) air efluen terawat, sekaligus menyumbang kepada air yang lebih bersih dan jernih jelas ketara di Pantai Chenang dan Pantai Tengah.

Air yang bersih dan jernih di Pantai Chenang dan Pantai Tengah. Tiada lagi ‘air hitam’. Sebahagian besar air yang mengalir ke Pantai Chenang dan Pantai Tengah adalah daripada Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Pantai Tengah (LKI029).

Mungkin ketika tempoh PKP ini telah terbukti baik untuk alam sekitar, namun tentu ada yang terfikir apa akan terjadi apabila perintah ini ditarik balik nanti dan orang ramai mula melakukan rutin harian mereka kembali. Sekiranya kita tidak endah lagi untuk menjaga sungai-sungai kita, sudah pasti kemusnahan sumber air kita akan berlaku lagi. Oleh itu, IWK ingin terus mengingatkan orang ramai untuk terus berhati-hati dalam menjalankan aktiviti mereka dan bersama-sama menjaga dan memelihara alam sekitar kita.

Pada masa yang sama, IWK juga berharap orang ramai akan menghargai perkhidmatan yang disediakan oleh IWK. Sejak penubuhan syarikat ini 26 tahun yang lalu, pelbagai inisiatif peningkatan ke atas operasi loji-loji rawatan kumbahannya walaupun tidak dibenarkan untuk menyelaraskan tarif caj pembetungan dengan kenaikan kos operasinya, yang selama ini ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Tarif semasa yang sediada adalah antara yang terendah di dunia serta tidak mencukupi untuk menampung kos-kos operasi dengan kadar kutipan tahun ke tahun sekitar 60%. Justeru, kesedaran orang ramai ke atas keperluan untuk merawat air sisa kumbahan amatlah penting demi untuk memastikan kehidupan alam persekitaran yang lebih baik untuk kita semua.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS