Kolaborasi unik dan inovatif dua jenama popular ditunggu-tunggu yang menjadi ikon budaya pop dunia, Puma x Hello Kitty sekali lagi melancarkan rekaan terbaru buat peminat pada 1 November ini.
Kombinasi dua aliran Puma x Hello Kitty yang dihadirkan untuk musim kedua itu tampil lebih berani dan segar dengan padanan warna merah buat peminat-peminat berjiwa ranggi serta moden.
Koleksi mempamerkan cetakan karakter watak comel dan periang bertemakan Hello Kitty sebagai ciri utama dengan perincian grafik, melengkapkan gaya jalanan Puma hingga menjadikan imej si pemakai tidak jemu dipandang.
Mahu tampil seperti seorang fesyenista? Ikuti tip menarik ini.
Serlahkan aura fesyenista dalam dirimu dengan bijak mencetuskan kenyataan fesyen setiap hari apabila menggayakan sepersalinan lengkap koleksi Puma x Hello Kitty dengan harga mampu milik bermula dari RM169 hingga RM529 sahaja mengikut kesesuaian anda!
Peminat diseru jangan membuang masa lagi untuk mendapatkan koleksi terkini Puma x Hello Kitty yang sesuai digayakan untuk semua peringkat umur di semua kedai PUMA dan AW LAB berdekatan.
Lebih menarik, peminat bertuah berpeluang memenangi produk Hello Kitty jika bergegas mengunjungi PUMA Sunway Pyramid dan AW LAB KLCC bagi aktiviti promosi dalam kedai yang hanya berlangsung selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 November ini.
Bersedia untuk rebut hadiah Hello Kitty!
Ketahui lebih lanjut di https://go.puma.com/hkteaserMY2019