Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
ACARA HEBAT KARNIVAL HARAPAN RAKYAT 2018 DI PRK PORT DICKSON JUMAAT HINGGA AHAD INI
Diterbitkan:  Oct 4, 2018 3:46 PM
Dikemaskini: Oct 5, 2018 3:09 AM

Sebuah karnival yang bertemakan pesta rakyat akan menghiasi daerah Port Dickson. Karnival Harapan Rakyat dianjurkan oleh Pertubuhan Waris Nismilan dan NGO MyCulture akan menjadi pentas tumpuan utama. Dengan segala persiapan rapi dan susunan pelbagai program, pentas karnival yang terletak di sebuah bekas tapak funfair Batu 6 (berdepan kawasan perniagaan PD Gateway) pasti akan mencuri perhatian seluruh warga Port Dickson dan juga pelancong politik yang hadir ke PRK PD sepanjang tempoh berkempen.

Bermula Jumaat ini hingga hari Ahad (5hb-8hb Oktober) akan berlangsung fasa pertama acara kemuncak Karnival Harapan Rakyat 2018. Antara acara yang telah dijadualkan termasuklah Forum Perdana, Persembahan Konsert Rakyat, Pertandingan Auto-Show dan Audio-Show, pertandingan solekan dan peragaan tradisional, pameran kenderaan mewah Ferrari, Lumbogini dan Bentley, program zumba dan senam robik, pertunjukkan silat, sukaneka rakyat dan pelbagai lagi.

Program dimulakan dengan Forum Perdana yang menampilkan Ustaz Dato' Hassan Mahmud, mantan imam Masjid Negara dan juga menjadi pengetua dalam rancangan realiti televisyen Imam Muda. Turut bersama dalam forum tersebut sebagai panelis ialah Ustaz Nor Azman Mohamad dan Ustaz Wanji Bakistani sebagai moderator.

Program sepenuh hari bermula pada hari Sabtu dengan aksi zumba dan senam arobik dibawakan oleh Divo Zin Jonathan dan Zin Husna. Dikuti dengan pertandingan solekan dan peragaan tradisional. Sebelah petang Sabtu akan berlangsung pertandingan Auto-Show dan Audio-Show, disusuli dengan pertandingan karaoke.

Lebih istimewa, buat pertama kalinya dalam Negeri Sembilan, pentas karnival menampilkan persembahan kenderaan ekzoz berapi setinggi hampir 5 meter pada hari Sabtu. Satu acara lelongan beras dan keperluan asas secara besar-besaran juga akan dilakukan demi menyantuni kehadiran orang ramai khususnya rakyat Port Dickson. Berikut adalah acara-acara yang telah pun disusun selain ceramah umum yang akan diadakan pada setiap malam;

Orang ramai dijemput hadir membanjiri Karnival Harapan Rakyat. Pihak penganjur juga mengalu-alukan usahawan tempatan untuk mendapatkan tapak niaga yang disediakan. Sebarang pertanyaan mengenai program Karnival Harapan Rakyat boleh hubungi talian berikut; 012-358 9872 (En Amiruddin)

Sekian

Norazizi Ab Aziz

Ketua Koordinator Program

Pengerusi NGO Waris Nismilan

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS