Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Menghidupkan Kembali Kegemilangan Empayar Melayu-China
Diterbitkan:  May 3, 2018 8:00 AM
Dikemaskini: May 2, 2018 7:49 AM

Pertemuan budaya dan kerancakan pertumbuhan ekonomi adalah dua nikmat besar yang dinikmati rakyat Malaysia menerusi Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang terangkum dalam kerjasama dua hala Malaysia dan China.

Demikian rumusan Wacana Satu Jalur Satu Laluan yang berlangsung pada 30 April lalu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC).

Wacana setengah hari itu menampilkan empat orang cendekiawan alam Melayu yang mengupas dinamik persahabatan Malaysia-China yang boleh ditelusuri seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Presiden PPMC, Datuk Majid Khan berkongsi pengalamannya dalam meneliti projek-projek yang tercetus menerusi inisiatif tersebut.

Menurutnya, manfaatnya jelas dilihat menerusi penglibatan syarikat Malaysia dalam projek kemudahan awam yang dimodalkan pelabur dari negara China.

"Saya sendiri telah berbincang dengan beberapa syarikat China, modelnya telah mula bertukar.

"Ada banyak syarikat dan projek dan pada puratanya 70 ke 80 peratus merupakan orang dari Malaysia sendiri," katanya kepada wartawan.

Tiga orang tokoh lain yang membentangkan pemikiran mereka adalah Profesor Pengajian Dunia Melayu Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu, Profesor Datuk Dr Awang Sariyan; Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Datuk Zainal Abiddin Borhan; dan pakar psikologi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din.

Satu Jalur Satu Laluan adalah inisiatif Presiden China, Xi Jinping bagi merancakkan perdagangan antara negara dengan menyediakan infrastruktur seperti pelabuhan, laluan keretapi dan lebuh raya.

Sementara itu, bekas menteri pengangkutan merangkap Pengerusi Dewan Perniagaan Laluan Sutera Malaysia-China, Tan Sri Ong Tee Keat yang turut hadir optimis dengan BRI.

Beliau yakin bahawa kerjasama dengan China akan membuahkan manfaat seperti kerjasama Malaysia dengan negara-negara lain.

"Takkanlah pelabur China hendak ambil alih tanah kita dan larikan tanah kita.

"Pelabur dari Timur Tengah juga ada juga melabur di sini tetapi tak jadi apa-apa isu," katanya sewaktu bercakap kepada wartawan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS