Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
JIMAT PULUHAN RIBU RINGGIT DENGAN BELI-BELAH
Diterbitkan:  Dec 8, 2017 11:57 AM
Dikemaskini: 6:48 AM

  

Dunia dagangan dalam talian atau e-commerce tidak lagi asing bagi pengguna media sosial dan internet secara umumnya, namun masih ramai tidak tahu bahawa melakukan pembelian dalam talian boleh membuahkan hasil yang sungguh lumayan – dari diskaun menarik, barangan percuma seperti tiket wayang dan hadiah, hinggalah ke pulangan wang ringgit mencecah 5 angka dalam masa setahun!

Inilah senario sebenar yang mendorong Hafiz, seorang pembeli dalam talian yang aktif.

Mula berjinak dengan membeli barangan dalam talian demi kemudahan penghantaran, beliau tidak menyangka akan mendapat pulangan memberangsangkan yang memacu beliau melakukan lebih banyak pembelian.

“Banyak manfaat berbelanja dalam talian. Selain mendapat baucar dan diskaun yang lebih tinggi, saya juga mendapat pulangan wang bila berbelanja di Lazada, 11street, Qoo10, dan lain-lain melalui laman web ShopBack. Ini bermakna semakin banyak saya membeli di laman-laman web tadi, semakin banyak rebat wang yang akan saya peroleh semula dan ia dimasukkan terus ke akaun saya nanti, hebat kan?"

Saya hanya buka aplikasi atau laman web ShopBack setiap kali sebelum saya membuat pembelian dalam talian, dan kemudian membeli-belah seperti biasa. Selepas itu, saya hanya perlu tebus jumlah wang ShopBack saya ke dalam akaun bank.“

Menurutnya lagi, pembelian kumulatif yang dilakukannya dalam masa setahun telah memberi penjimatan mencecah hampir puluhan ribu ringgit – jumlah yang mampu membawanya bercuti ke luar negara.

Hafiz turut berkongsi tip belian online beliau: rebut peluang melakukan pembelian ketika tarikh-tarikh istimewa seperti jualan Hari Raya, 11.11 Singles Day, dan 12.12 Online Fever yang bakal bermula pada 12 Disember hingga 14 Disember.

Lazimnya, gedung beli-belah maya akan melakukan potongan sehingga 80% untuk barangan di laman mereka sepanjang tempoh ini, dan pembeli juga berpeluang menyertai peraduan – seperti memenangi sebuah iPhone X.

Pembeli hanya perlu daftarkan diri di https://www.shopback.my/iphonexcontest, lakukan sebarang pembelian di mana-mana rakan ShopBack untuk peluang memenangi iPhone X. Selain itu, mereka yang mendaftar sepanjang tarikh promosi ini akan turut mendapat Cashback bonus bernilai RM10 (RM5 ketika mendaftar, RM5 selepas melakukan pembelian).

  

Selamat dan menguntungkan

Dalam kerancakan dunia belian maya, masih ramai yang sangsi melakukan transaksi dalam talian kerana takut ditipu, atau tidak dapat menyentuh dan merasai barangan yang ingin dibeli secara fizikal.

Bagi Hafiz, isu ini tidak timbul kerana kebanyakan jenama-jenama runcit terkemuka mempunyai akaun jualan secara langsung di ‘gedung beli-belah maya‘ seperti Lazada dan 11street, jadi anda membeli terus dari peniaga tersebut. Selain itu, hampir kesemua gedung maya yang aktif di tanahair mempunyai polisi pemulangan barangan bagi menjamin kepuasan pembeli.

“Bayangkan, saya tidak lagi perlu buang duit dan masa untuk memandu ke pelbagai kedai, cari ruang parkir, kos minyak dan sebagainya. Hanya dengan melayari internet, saya boleh membeli barangan keperluan harian, gajet, pakaian serta barangan runcit seperti tisu, lampin bayi dan barangan pembersih rumah … dan semuanya dihantar terus ke rumah.

Jika anda bijak memilih barangan pada harga kompetitif dan menggunakan peluang tebusan wang ringgit seperti yang disediakan oleh ShopBack, anda mungkin dapat memperoleh barangan pada harga teramat rendah, atau secara percuma.”

ShopBack peneraju rebat wang tunai Asia

Mula beroperasi sejak 2014, ShopBack semakin menempa nama di arena perdagangan dalam talian melalui operasi aktif di enam Negara Asia Tenggara – Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Taiwan dan Filipina.

Mengambil kesempatan ke atas corak penjimatan wang ringgit yang lebih digemari pelanggan Malaysia berbanding pemberian mata atau pengumpulan kredit, ShopBack menampilkan sistem tebusan rebat wang di lebih 500 kedai dan pasaraya maya termasuk Booking.com, Malaysia Airlines, ZALORA, fave, Fashion Valet, Nike, dan lain-lain.

Setakat ini, ia telah membantu pembeli Malaysia berjimat sehingga RM13.5 juta Cashback terus ke akaun bank individu.

Kata Hafiz di akhir perbualan bersama kami, keadaan ekonomi sekarang menyeru pembeli untuk lebih bijak mencari peluang penjimatan dan beli-belah yang lebih ekonomi. Beliau percaya platform penjimatan seperti ini adalah antara pilihan terbaik untuk membeli-belah.

“Samada anda kaki shopping atau sekadar membeli untuk keperluan, pulangannya memberi manfaat pada semua.”


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS