Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ramli: SPRM bukan agensi sesuai siasat 'Copgate'

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan agensi yang sesuai untuk menjalankan siasatan bebas terhadap dakwaan berhubung skandal 'copgate'.

Menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di parlimen semalam, Ramli berkata, SPRM termasuk agensi yang turut dikaitkan dengan dakwaan menganiayanya dan orang-orangnya.

ramli yusuff asset declare case 120310 04 Dakwa Ramli lagi, agensi yang sama bersubahat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengganggu saksi dan memalsukan bukti.

Malah SPRM juga didakwa membersihkan nama Gani dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan dalam beberapa banyak kes lagi.

"Bagaimana menteri dalam negeri membuat cadangan sebegini, memperolokkan sistem keadilan dakan kes jenayah?" soalnya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam, semasa penggulungan di Parlimen, Hishammuddin berkata, SPRM adalah agensi penguatkuasaan undang-undang yang betul untuk menyiasat dakwaan Copgate, yang mengaitkan Musa dan Gani dengan dakwaan menganiaya pegawai polis untuk menutup penjenayah.

Katanya, ini kerana dakwaan itu melibatkan seorang bekas ketua polis negara dan jika polis menyiasat, pembangkang akan mengatakannya tidak adil.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS