Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah agensi penguatkuasaan undang-undang yang betul untuk menyiasat dakwaan Copgate, yang mengaitkan bekas ketua polis negara dan peguam negara dengan dakwaan menganiaya pegawai polis untuk menutup jenayah seorang penjenayah.

Dalam ucapan penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, jika mahu disiasat, ia boleh menyiasat, tetapi menegaskan bahawa agensi yang betul untuk berbuat demikian adalah SPRM.

Katanya, Ini kerana dakwaan itu melibatkan seorang bekas ketua polis negara dan jika polis menyiasat, mereka (pembangkang) akan mengatakan bahawa ia tidak adil.

Hishammuddin menegaskan demikian bagi menjawab soalan R Sivarasa (PKR-Subang), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang bangun mencelah, meminta beliau menjawab dakwaan Copgate.

Menteri itu berkata, jika mereka mempunyai maklumat baru, ia hendaklah diserahkan kepada SPRM.

Hishammuddin menjawab soalan tersebut selepas berlaku 'perang mulut' antara ahli Parlimen pembangkang dengan menteri dalam egeri serta penyokong BN ketika ahli parlimen Pakatan Rakyat terus mendesak beliau menjawabnya.

Speaker Pandikar Amin Mulia terpaksa beberapa kali meminta mereka supaya bertenang dan duduk.

Pada satu ketika, Speaker terpaksa mematikan mikrofon apabila perang mulut itu bertambah kuat, sambil menutup mukanya dengan tangannya dalam keadaan kecewa melihat apa yang sedang berlaku.

[Baca berita penuh]

ADS