Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AELB: Radiasi di loji Bukit Merah tinggi tapi selamat

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) berkata radiasi di loji Asia Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak adalah kira-kira empat kali ganda lebih tinggi daripada tahap purata negara, tetapi adalah selamat dan bukan disebabkan oleh ARE.

NONE Pengarah pelesenan AELB, Hasmadi Hassan (kanan) berkataradiasi itu berada di atas tahap purata di Perak kerana ia merupakan bekas kawasan perlombongan bijih timah.

Menurutnya, industri bijih timah bermula sebelum merdeka, kira-kira 100 atau 200 tahun yang lalu dan perlombongan ketika itulah yang meninggalkan amang (tahi bijih timah).

Kandungan radiasi semulajadi dalam amang adalah tinggi, katanya ketika menjawab soalan orang ramai yang ingin tahu mengapa tahap radiasi di tapak loji tersebut dan di tapak pelupusan sisa ARE adalah lebih rendah daripada kawasan sekitarnya, dan tentang kemungkinan wujudkan tapak pelupusan yang tidak diketahui.

Hasmadi (kanan) menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tapak pelupusan seperti itu supaya mengemukakannya kepada AELB untuk siasatan lanjut.

Memetik angka daripada Jawatankuasa Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Kesan Radiasi Atom (UNSCEAR), Hasmadi berkata tahap purata radiasi latarbelakang kebangsaan adalah 0.05 microsieverts/jam.

NONE Sebagai perbandingan, pemantauan AELB di tapak ARE menunjukkan tahap radiasi ialah pada 0.17 microsieverts/jam; dan satu hingga 1.14 microsieverts/jam di tapak pelupusan yang baru di Mukim Belanja, Perak.

Radiasi yang diukur oleh 125 stesen pemantauan dalam jarak 10km dari Mukim Pembelian, yang termasuk Papan, Bukit Merah, dan bahagian Ipoh, ialah kira-kira 0.6 microsieverts/jam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS