Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim gembira apabila perpecahan dalam Umno Sabah semakin mendapat perhatian.

anwar ibrahim interview with malaysiakini 5 Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu wawancara, Anwar berkata beliau melihat perkara itu sebagai perkembangan "positif" di negeri

tersebut yang akan membolehkan Pakatan meraih jumlah kerusi yang lebih besar.

Walau tidak begitu menyerlah di Sabah, Anwar berkata Pakatan Rakyat masih boleh bekerjasama dengan parti-parti kecil dan juga kumpulan masyarakat sivil di situ – dengan mengagihkan kerusi tertentu kepada kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, Anwar berkata langkah itu tidaklah bermaksud PKR menjemput semula bekas pengerusi negeri itu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan ke dalam parti.

Jelasnya, beliau telah menerima banyak kritikan ekoran daripada tindakan "lompat parti" oleh pemimpin parti itu sebelum ini dan beliau perlu mengalah kepada kritikan berkenaan

Di Semenanjung pula, Anwar mengakui bahawa perbincangan telahpun berjalan di antara Pakatan dan juga wakil daripada veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pakatan juga berhubung dengan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diketuai putera raja Kelantan itu, namun perbincangan itu tidaklah sehingga ke peringkat agihan kerusi.

AMANAH juga tidak menyatakan untuk bertanding di mana-mana kerusi, kata Anwar lagi.

Dalam wawancara ini, Anwar turut menyentuh mengenai dua tokoh yang pernah bekerjasama dengannya – presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim dan juga "rakannya" Raja Petra Kamarudin.

Baca laporan penuh

Wawancara ini dijalankan oleh Aidila Razak, Salhan K Ahmad dan Steven Gan

Laporan terdahulu

Anwar amat yakin Pakatan akan rampas Putrajaya

Pakatan ada PM sementara jika Anwar dipenjara


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS