Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pakatan Rakyat akan melantik seorang perdana menteri sementara sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan ketika ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara ketika itu.

Anwar berdepan dengan kemungkinan dipenjara apabila perbicaraan ke Liwat II diputuskan Isnin depan, namun yakin bahawa beliau akan mengisi jawatan itu apabila dibebaskan.

Malah, beliau juga tidak bercadang untuk dipenjarakan begitu lama walau hukuman bagi dakwaan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan itu memperuntuk pemenjaraan sehingga 20 tahun.

Kita ada bincang perkara ini dengan pemimpin Pakatan (sekiranya dipenjarakan). Tapi adakah itu masalah sebenar? Tidak. Sebab jika kita menang, akan ada seorang PM sementara.

"Tentulah saya mahu sebaik kita menang, saya tidak akan dipenjara untuk begitu lama," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya semalam.

Beliau mengambil contoh tindakan yang dilakukan AK Party di Turki apabila parti tersebut memenangi pilihan raya pada 2002 ketika pemimpin parti tersebut, Recep Tayyip Erdogan, dipenjarakan.

“Bagaimanapun ketika saya tanya (perdana menteri sementara Turki ketika itu) Abdullah Gül bagaimana (ia dilakukan), dia kata, 'Huh! Anda ingat senang, bos saya itu mahu saya lapor kepada dia setiap hari di penjara'," kata Anwar dengan berjenaka.

Abdullah Gül kemudiannya berjaya menjalankan pindaan undang-undang untuk membenarkan Erdogan kembali menyertai politik dan mengambil alih jawatan beliau sebagai perdana menteri.

Anggota jawatankuasa pusat PAS, Datuk Dr Hasan Ali semalam telah menyatakan bahawa jawatan perdana menteri itu boleh diisi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun mursyidul amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Anwar turut mengakui bahawa usaha untuk memilih perdana menteri sementara itu mungkin berdepan masalah memandangkan tokoh berkenaan hanya akan mengisi jawatan tersebut buat beberapa ketika.

“Ia mungkin dipertikai memandangkan pemimpin kanan Melayu (dalam Pakatan) ialah Hadi. Adakah akan ada konsensus? Kita telah bincangkan semua pilihan tersebut," kata Anwar lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS