Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS mendakwa cadangan Dr Mahathir Mohamad supaya pilihan raya umum dilewatkan, sebenarnya memberikan mesej khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

mahfuz omar pc 140911 "Ini memberi mesej dia (Najib) tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada BN (jika pilihan raya dilangsungkan segera)," kata naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Dr Mahathir semalam ketika ditanya tarikh sesuai mengadakan pilihan raya dilaporkan berkata " lewat sikit pun tidak apa" bagi memberi masa kepada Najib membuat penilaian calon.

Katanya, pemilihan calon yang boleh menang hanya menimbulkan masalah antara pucuk pimpinan dan akar umbi kerana penilaian Najib dan penasihatnya mungkin bercanggah dengan kehendak anggota dan menimbulkan masalah 'mencantas calon'.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Mahfuz mendakwa, bukan sahaja Dr Mahathir, malah pihak dalaman Umno juga kini melihat Najib sebagai beban.

Keadaan ini, tambah Mahfuz, sama dengan keadaan ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila Dr Mahathir didakwa terlibat memberikan tekanan.

azlan "Cuma pendekatannya berbeza," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

"Dia (Dr Mahathir) cuba mengambil masa supaya Najib berundur sebelum pilihan raya. Dia jadi mastermind. "

Beliau mengibaratkan keadaan Umno sekarang seolah-olah mempunyai "kepala yang busuk" dan sekali gus merosakkan parti itu.

"Baga saya, apabila di kepala busuk. Carilah caloh hebat mana pun, ia tetap akan dilihat busuk," katanya sinis.

VIDEO | 3.46 min


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS