Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Daftar pemilih: PAS mohon Agong campur tangan
Diterbitkan:  Aug 13, 2011 11:47 AM
Dikemaskini: 9:55 AM

PAS hari ini merayu campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya membersihakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa telah bercelaru sejak kebelakangan ini.

NONE Menurut Harkahdail y, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga mahu Seri Paduka bertindak terhadap pihak atasan SPR khususnya pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  dan timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar  kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.

"Kehilangan kepercayaan sebahagian rakyat kepada SPR begitu memuncak sekarang.

"Walaupun sudah berulang kali disebut mengenai pembersihan daftar pemilih tapi dinafikan SPR, sekarang sudah terdedah banyak penyelewengan dalam SPR sehingga ada nama Kg Baru sebagai pemilih dan kes Mismah .

"PAS harap Yang di-Pertuan Agong dapat mengambil tindakan terhadap SPR supaya pilihan raya yang adil dapat dilaksanakan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.

Kepincangan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terselah sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila media mendedahkan beberapa nama yang menjadi kontroversi dalam daftar pemilih.

NONE Antaranya dakwaan penduduk tetap (PR) dengan berkad pengenalan merah didaftarkan sebagai pengundi tetapi statusnya tiba-tiba berubah menjadi warganegara apabila didedahkan.

Terdapat juga kes nama Kg Baru didapati layak mengundi di sebuah kawasan di Besut, Terengganu.

Selain itu beberapa pengundi klon juga dijumpai daftar pemilih - iaitu pengundi yang didaftarkan di bawah nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi nombor MyKad berlainan untuk klon mereka.

Menurut Mohamad, SPR harus mengakui semua kesilapan itu dan pengerusinya harus meletakkan jawatan atau dikenakan tindakan yang setimpal.

Katanya, memandangkan memorandum lapan tuntutan BERSIH 2.0 telah disampaikan kepada  Tuanku Mizan Zainal Abidin, pihaknya tidak perlu menyerahkan memorandum baru lagi.

NONE "Kita tidak perlu serah memorandum lagi tapi mempertegaskan lapan tuntutan BERSIH 2.0 khususnya dalam isu daftar pemilih ini (dipatuhi)," katanya dipetik Harakahdaily .

Menurutnya, isu berkenaan tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia membabitkan sistem demokrasi dan kepercayaan rakyat.

"Pilihan raya yang adil penting kerana kalau rakyat tidak terima keputusan pilihan raya, itu sangat bahaya kerana rakyat sekarang semakin celik maklumat," katanya.

Timbalan presiden PAS itu juga kesal dengan SPR yang sering bertindak dwi- standard terhadap Pakatan Rakyat.

"SPR suka guna kalimah parti pembangkang. Umno boleh, tapi bagi SPR semua parti politik adalah pelanggannya.

NONE "Datuk Wan Ahmad ( kiri ) selalu guna kalimah parti pembangkang sedangkan beliau tidak berhak melabelkan mana-mana parti sebagai pembangkang... dan harus bersifat adil," katanya.

Menurut Mohamad, tindakan membersihkan daftar pemilih dan memastikan mereka yang bertanggungjawab menerajui suruhanjaya menjalankan tanggungjawab dengan telus dan amanah, merupakan langkah terbaik demi masa depan Malaysia.

"Jika rakyat terima keputusan pilihan raya, negara ini akan aman. Jika rakyat tolak, ia berbahaya pada keselamatan negara.

"Kita tak ada masalah parti lain menang.. tapi akan jadi masalah jika mereka menang kerana manipulasi daftar pemilih," katanya lagi.

Turut bersama pada sidang media tersebut ahli jawatankuasa PAS Pusat, Anuar Tahir.

azlan


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS