Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sebelum ini timbul dakwaan wujudnya ‘pengundi hantu’, kemudian penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi - dan sekarang lebih banyak ‘pengundi klon’ pula muncul dalam daftar pemilih.

Sekurang-kurangnya tujuh pengundi didapati telah ‘diklonkan’ dalam daftar pemilih dengan nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi dengan nombor MyKad berbeza.

azlan Menurut maklumat yang diperolehi daripada sistem pengesahan di lana web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nama-nama berkenaan muncul dua kali dalam daftar pemilih. Ini menimbulkan tanda tanya sama ada mereka itu layak mengundi sebanyak dua kali.

Dalam kes pertama nombor kad pengenalan lama 1479323 yang dimasukkan ke dalam sistem SPR itu menunjukkan dua kemasukan di bawah nama Sa'ad bin Samsudin tetapi dengan dua nombor MyKad yang berbeza - 380913105681 dan 510913105553.

Laman web itu juga menunjukkan lelaki berkenaan mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.

Kerusi Titiwangsa dimenangi oleh Allahyarham Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dari PAS, yang meninggal dunia bulan lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Titiwangsa Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pihaknya mendapati empat kes yang hampir sama di kawasan itu, membabibitkan:

1. Shodah binti Abdul Rahman (IC lama: 4802777, dua kali didaftrakan di Titiwangsa)

2. Mohamad bin Ismail (IC lama: 8370614, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

3. Anderson a/l P Arputhanathan (IC lama: A0831847, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

4. Chellamah a/p Murugesu (IC lama: 7877951,  satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

NONE NONE Berdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini juga mengesan dua pengundi seumpama itu di Perak dan Terengganu.

Mohd Rashid bin Ismail (IC lama: 6397062) - mempunyai dua pendaftaran di kerusi parlimen Taiping (MyKad: 620108086991) dan kerusi bersebelahannya di parlimen Bukit Gantang (MyKad: 620108086713).

Apabila kedua-dua nombor Mykad dimasukkan dalam sistem online Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), keputusannya menunjukkan bahawa kad pertama telah diambil manakala kad kedua sedia untuk diserahkan di pejabat JPN Kuala Lumpur.

Pengundi kedua - Sulong bin Jalil (IC lama: 6290844) - juga mempunyai dua pendaftaran di kerusi negeri Ajil di bawah parlimen Hulu Terengganu tetapi dengan dua nombor MyKad berasingan - 611110015143 and 611110115371.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi SPR dan JPN untuk mengulas perkara ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS