Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ulama Muda Umno hari ini menawarkan diri berkongsi pandangan dalam dialog berhubung isu Wahabi dan terorisme antara penceramah terkenal Dr Uthman El-Muhammady dan anggota jawatankuasa fatwa Perlis.

NONE "Kami berharap kerajaan Perlis akan turut menjemput kami bersama-sama berdialog dalam isu ini kerana kami juga merupakan pihak yang dituduh (sebagai Wahabi)," kata pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahya ( kanan ).

Isnin lalu, taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya didakwa mengaitkan beberapa tokoh agama dengan Wahabi dan terorisme di mana Dr Uthman terlibat sebagai salah seorang pembentangnya.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan institusi agama negeri didakwa turut dikaitkan bersama 40 ulama muda Umno dan pensyarah agama Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Fathul berharap Dr Uthman menyambut pelawaan negeri Perlis itu bagi menjernihkan keadaan dapat berbincang dengan semangat persaudaraan Islam.

ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammady Ditanya tentang jumlah kehadiran mereka jika dijemput, Fathul tidak dapat memberikan angka tepat buat masa ini.

"Kita akan kerahkan jumlah semaksimun mungkin (ulama muda Umno) supaya hadir," katanya yang juga anak kepada mufti Perlis yang kelimat Mat Jahya Hussin.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah portal berita melaporkan Dr Uthman ( kiri ) sedia menerima pelawaan berdialog mengenai isu Wahabi dengan syarat ia diadakan secara tertutup dan membabitkan pakar-pakar berkaitan.

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi Dr Uthman dan MKN setakat ini belum berhasil.

Bagaimanapun, Umno Online kelmarin melaporkan, MKN menafikan melabelkan mana-mana ulama dalam taklimat berhubung isu Wahabi baru-baru ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS