Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM nafi dera bekas pegawai Sime Darby
Diterbitkan:  Dec 21, 2010 7:55 PM
Dikemaskini: 12:02 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pihaknya mendera bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin Sime Darby Engineering Sdn Bhd Mazhazmi Jamaludin ketika disiasat kes suapan bernilai RM200,000.

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Mohd Jamidan Abdullah menjelaskan, semasa permohonan dibuat untuk menyambung reman pada 20 Jun lalu, tiada sebarang aduan dibuat oleh tertuduh berhubung deraan mahupun kecederaan dimaklumkan di hadapan Majistret Mahkamah Kajang.

NONE Mohd Jamidan juga berkata, tertuduh kemudian dibawa untuk pemeriksaan kesihatan pada 22 Jun, sejurus sebelum dilepaskan daripada tahanan reman.

"Hasil pemeriksaan doktor pada tarikh yang sama telah mengesahkan bahawa tertuduh adalah sihat dan tidak menunjukkan sebarang kesan dan tanda-tanda kecederaan mahupun luka pada tubuh-badan tertuduh," kata Mohd Jamidan.

Pagi tadi, peguam Mazhazmi, Shamsul Sulaiman memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, anak guamnya dibogelkan , ditutup mata dan diminta berdiri dengan sebelah kaki oleh pegawai SPRM semasa sesi soal siasat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Shamsul juga berkata pihaknya akan membuat laporan polis berhubung dakwaan salah laku terhadap Mazhazmi.

Dalam satu kenyataan petang ini, Mohd Jamidan berkata SPRM juga akan akan membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.

ADS