Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pegawai Sime Darby didakwa terima suapan RM200,000
Diterbitkan:  Dec 21, 2010 11:19 AM
Dikemaskini: 7:43 AM

Seorang pegawai kanan Sime Darby Holding Berhad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menerima suapan wang tunai sebanyak RM200,000 berkaitan cadangan mendapatkan kontrak bernilai AS$134.2 juta.

NONE Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin Sime Darby Engineering Sdn Bhd Mazhazmi Jamaludin didakwa menerima upah kerana kononnya mencadangkan MLC Shipbuilding Sdn Bhd dan mengesahkan bayaran tertentu bagi beberapa projek.

Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mazhazmi didakwa bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum bawah Sekysen 16 akta yang sama.

Hakim Rozilah Salleh menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM20,000.

Sementara itu, peguam kepada Mazhazmi, Shamsul Sulaiman memberitahu mahkamah, anak guamnya dibogelkan, ditutup mata dan diminta berdiri dengan sebelah kaki oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa sesi soal siasat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Shamsul juga berkata pihaknya akan membuat laporan polis berhubung dakwaan salah laku terhadap Mazhazmi selepas ini.

ADS