Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sebanyak 12 lagi cabang PKR di seluruh negara mengadakan pemilihannya hari ini, melibatkan lapan cabang di Kedah dan empat lagi di Kelantan.

Cabang-cabang terlibat adalah Jerai, Merbok, Sungai Petani, Baling, Sik, Jerlun, Padang Terap dan Pendang, Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

azlan Pengundian yang masuk minggu ketiga hari ini agak berbeza kerana kerusi tumpuan - timbalan presiden - kini tinggal dua penjuru apabila Datuk Zaid Ibrahim menarik diri.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 99 cabang yang mengadakan pemilihannya setakat ini - 87 minggu lalu dan 12 hari ini - Azmin terus di depan dengan majoriti 6,207 undi.

Beliau mendapat keseluruhan 7,649 undi manakala pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub pula memperoleh 1,442 undi.

Jumlah keseluruhan undi yang diperolehi oleh Azmin daripada 12 cabang pada hari ini sahaja sebanyak 1,182 undi.

Manakala Mustaffa pula hari ini memperolehi 227 undi.

Berdasarkan keputusan ini, walaupun selepas kritikan demi kritikan, jumlah yang keluar mengundi dalam pemilihan PKR nampaknya terus rendah .

Sementara itu, Mustaffa Kamil pula dilihat masih gagal mendapat manfaat daripada pengunduran Zaid.

Jika trend pengundian hari ini berterusan, bermakna pengunduran Zaid tidak akan memberikan sebarang kesan kepada pengaruh Azmin dalam pemilihan langsung yang pertama kali diperkenalkan dalam PKR itu.

Keputusan rasmi pemilihan setiap minggu biasanya disahkan pada hari Isnin berikutnya oleh setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Berikut keputusan tidak rasmi mengikut cabang yang diperoleh setakat ini:

Gua Musang Azmin (96), Mustaffa (7)

(103 daripada kira-kira 2100 ahli keluar mengundi)

Machang Azmin (43), Mustaffa (47)

(91 daripada 1,512 ahli keluar mengundi)

Kuala Krai Azmin (134), Mustaffa (27)

(161 daripada 1,368 ahli keluar mengundi)

Jerai Azmin (84), Mustaffa (6)

(82 daripada lebih 800 ahli keluar mengundi)

Sik Azmin (108), Mustaffa (7)

Baling Azmin (82), Mustaffa (14)

Jeli Azmin (49), Mustaffa (20)

Padang Terap Azmin (37), Mustaffa (4)

Sungai Petani Azmin (169), Mustaffa (22)

(202 daripada 3,222 ahli keluar mengundi)

Jerlun Azmin (24), Mustaffa (6)

(30 daripada 303 ahli keluar mengundi)

Pendang Azmin (100), Mustaffa (0)

(100 daripada 535 ahli keluar mengundi)

Merbok Azmin (256), Mustaffa (67)

ADS