thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Selawat padamu ya Rasulullah

Ketika menyebarkan agama Islam, Nabi Muhammad SAW ditentang dengan pelbagai cara.

Baginda terpaksa mempertahankan dirinya termasuk di medan perang.

Replika peperangan yang disertai Nabi Muhammad SAW ini antara yang dipamerkan dalam Pameran Rehlah Nabawiyyah di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam.

Umat Islam seluruh dunia memperingati hari keputeraan Baginda SAW yang jatuh pada hari ke-12 Rabiul Awal setiap tahun.

Setiap tahun pada hari ini, perarakan dan ceramah akan dilakukan bagi mengenang junjungan besar kita itu.