thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Jadi tumpuan sempena cuti sekolah

Sempena cuti sekolah yang baru bermula, ibu bapa tidak melepaskan peluang membawa anak-anak mereka beriadah di pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi, antaranya Pusat Sains Negara di Damansara.

Pusat Sains Negara yang baru dibuka semula selepas ditutup selama setahun untuk kerja-kerja pengubahsuaian sudah semestinya menjadi daya tarikan untuk seisi keluarga.

Muzium yang bertemakan sains dan teknologi itu juga tidak mengenakan sebarang caj sehingga akhir tahun ini sempena cuti persekolahan.