Dokumen cacat punca tahanan rumah Najib tertangguh - Hassan Karim
Anggota Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh tampil memberikan penjelasan berhubung kelemahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengeluarkan dokumenDischarge Order yang mengelirukan sehingga menyebabkan pelaksanaan tahanan rumah bekas perdana menteri, Najib Razak tertangguh.
Menerusi satu kenyataan, pemimpin lantang PKR itu berkata, bahawa pihak yang wajar dipersalahkan dalam isu penangguhan itu ialah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan bukannya Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Kerajaan Madani, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, mahupun pengarah Penjara Kajang.
Menurut Hassan, dokumen perintah yang ditandatangani oleh Timbalan Pendaftar itu memaparkan standard perkhidmatan mahkamah yang buruk serta mencetuskan pelbagai kekeliruan undang-undang.
"Saya minta penjelasan dari Ketua Hakim Negara adakah Order of Discharge on Payment of Fine terhadap Najib bertarikh 6 November lalu yang tular di media sosial itu benar dan sahih?
"Kalau dokumen itu benar dan sahih, kenapa terdapat begitu banyak kesilapan di dalam dokumen tersebut?" katanya dalam satu kenyataan media tersebut.
Mengulas lanjut, Hassan menggariskan enam kecacatan utama pada dokumen berkenaan, antaranya nama mahkamah yang tidak ditulis dengan betul, rujukan nombor seksyen serta nama akta kesalahan yang salah, dan penggunaan istilah Discharge Order (Perintah Pembebasan) dan bukannya Transfer Order (Perintah Pemindahan).
Dia turut mempersoalkan sama ada pegawai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak memahami fakta kes, memandangkan keputusan Lembaga Pengampunan yang diputuskan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 September 2026 mengarahkan Najib menjalani tahanan rumah bagi baki hukuman kes SRC International, dan bukannya dibebaskan sepenuhnya.
/file/attachments/orphans/najibads2easdas_956666.png)
“Discharge Order bermakna Perintah Pembebasan, manakala Transfer Order adalah Perintah Pemindahan.
“Adakah Pegawai Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak memahami fakta kes iaitu Perintah Lembaga Pengampunan yang diputuskan oleh Yang diPertuan Agong pada 18 September ialah memerintahkan Najib menjalani tahanan rumah bagi baki hukuman di bawah kes SRC International, bukannya dibebaskan,” katanya.
Selain itu, Hassan mengkritik penggunaan bahasa yang bercampur-baur antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris secara tidak profesional, sekali gus melanggar Seksyen 16 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91] yang menetapkan semua pliding, afidavit, eksibit dan borang hendaklah ditulis dalam bahasa kebangsaan.
Dia juga membangkitkan penyediaan dokumen yang disifatkan kelam-kabut sehingga nama penuh Najib dan ayahnya, Abdul Razak, ditulis secara cuai dan berbeza-beza dalam satu dokumen rasmi penting.
Sehubungan itu, Hassan mempertahankan tindakan Mohd Dusuki yang menangguhkan pelaksanaan Perintah Tahanan Rumah berkenaan sehingga mahkamah memutuskan tafsiran yang benar dan sah.
"Dalam hal ini saya melihat Peguam Negara menjalankan tugas dan amanahnya dengan penuh tanggungjawab selaras dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang menjadi punca kuasa seorang Peguam Negara dilantik," katanya lagi.
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi, di Kuala Lumpur bagi mengkaji semula perintah pelepasan membabitkan Najib yang membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah.
/file/attachments/orphans/New-Big-Picture-template-06112026-06_461394.jpg)
Pada 6 November lalu, Najib membayar denda RM50 juta yang dikenakan terhadap beliau dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi.
Pada tarikh sama, AGC dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara sehingga selesai penelitian dan penjelasan lanjut tentang interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat, serta kesan Perintah Pelepasan (Order of Discharge) yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi.
AGC memaklumkan sepanjang tempoh penangguhan, Najib dikekalkan di tempat tahanan sedia ada, tertakluk pada kuasa dan arahan pihak berkuasa yang berkenaan.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/PodcastExplainSikit1_241778.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.