Malaysia menang selesa lawan Bangladesh
Malaysia menang selesa dalam perlawanan sulung Piala Asean Fifa 2026 menewaskan pasukan jemputan Bangladesh 3-0.
Kemenangan itu meletakkan Harimau Malaya memimpin Kumpulan A dengan tiga mata di depan Indonesia dan Singapura yang hanya akan turun padang malam ini.
Gol kemenangan pasukan kebangsaan dijaringkan oleh penyerang sensasi negara Arif Aiman Hanapi (dua gol), serta Bergson da Silva yang kali pertama menyarung jersi negara selepas dinaturalisasikan baru-baru ini.
Dua gol Malaysia dijaringkan dalam separuh masa pertama di minit ke-18 dan 37 serta satu lagi pada minit ke-53.
Anak buah Tan Cheng Ho menunjukkan prestasi lebih baik dengan kawalan bola 60 peratus, dalam perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Ini adalah edisi pertama Piala Asean Fifa yang berlangsung di Indonesia dan Hong Kong melibatkan 14 pasukan—lapan di divisyen 1 dan selebihnya di divisyen 2.
Berikut barisan pemain Malaysia dan lawan:
MALAYSIA: Manuel Hidalgo, Brad Tapp, Quentin Cheng (Syahmi Safari), Mohamad Faisal Abdul Halim (G. Pavithran), Bergson Da Silva (Paulo Josue), Arif Aiman Mohd Hanapi (Fergus Tierney), Stuart Wilkin (Nazmi Faiz Mansor), Nooa Laine, Dion Cools (kapten), La’vere Corbin Ong, Haziq Nadzli
BANGLADESH: Mehedi Hasan Srabon, Shakil Ahad Topu, Hamza Choudhury, Rakib Hossain, Tariq Kazi (Zidane Alexander Yousuf), Fahamedul Islam (Shuki Itofusa), Sohel Rana (kapten), Zayyan Ahmed, Farhaan Ali Wahid (Mohammed Shahriar Emon), Saad Uddin, Shamit Shome (Shekh Morsalin).
Pengadil: Resul Mammedow (Turkmenistan)
/file/attachments/orphans/sdfsdsdfsfsdf_711666.png)
