Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
5,000 pemimpin akar umbi dijangka hadir sambutan 50 tahun BN
Diterbitkan:  Nov 29, 2024 1:27 PM
Dikemaskini: 5:27 AM

Seramai 5,000 pemimpin akar umbi Barisan Nasional (BN) dari  seluruh negara dijangka hadir pada Sambutan 50 Tahun BN yang akan diadakan pada 7 Dis (Sabtu) depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. 

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tarikh sambutan itu telah diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu, Rabu lepas.

“Pelbagai acara telah dirancang dan kira-kira 5,000 pemimpin akar umbi BN dari seluruh negara dijangka hadir,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Zambry berkata mesyuarat itu turut membincangkan mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sebelum Oktober 2025.

“BN akan sentiasa memantau perkembangan semasa politik Sabah dalam memastikan gerak kerja dan perancangan menghadapi PRN berkenaan akan dapat mengukuhkan kedudukan parti di negeri berkenaan,” katanya.

- Bernama 



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS