Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Keluarga minta bantuan tentera India lepas doktor M'sia hanyut di sungai
Diterbitkan:  Sep 27, 2024 9:06 PM
Dikemaskini: 1:06 PM

Keluarga doktor Malaysia yang hanyut ketika cuba menyelamatkan bapanya di Sungai Alaknada di Uttrakand, India pada Selasa (24 Sept) merayu bantuan tentera India dalam misi mencari dan menyelamat.

Dr Balraj Sethi, 40, dilaporkan terjun ke sungai itu untuk membantu bapanya, Suresh Chandra, apabila bapanya dihanyutkan arus deras, ketika melakukan upacara keagamaan di sungai itu.

Suresh diselamatkan oleh buruh di kawasan 200m dari tempat dia melakukan ritual itu, tetapi anaknya masih hilang.

Polis tempatan telah melakukan usaha mencari dan menyelamat tetapi keluarga itu berharap tentera India dapat meminjamkan kepakaran mereka untuk misi berkenaan.

“Kami difahamkan pihak berkuasa tempatan dan polis melakukan yang terbaik dengan masih melakukan pencarian.

"Tetapi kami meminta lebih banyak organisasi, pihak berkuasa seperti tentera India yang mempunyai akses peralatan yang lebih canggih (dron, sonar atau apa sahaja sumber yang ada) untuk meneruskan pencarian dengan julat yang lebih luas, dan individu yang belas kasihan — untuk menyertai usaha mencari Dr Sethi," kata keluarga itu dalam satu kenyataan.

Difahamkan, misi mencari dan menyelamat menghadapi kesukaran berikutan keadaan cuaca di kawasan berkenaan.

“Marilah kita kekal berharap. Setiap saat penting, dan bersama-sama, kita boleh membuat kesan yang ketara," kata mereka.

Polis tempatan berkata, keluarga itu berada di India untuk acara keagamaan selama 10 hari, lapor Times of India.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS