Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
5 maut selepas taufan John melanda Guerrero
Diterbitkan:  Sep 27, 2024 8:15 AM
Dikemaskini: 12:15 AM

GLOBAL | Sekurang-kurangnya lima maut selepas taufan John melanda negeri Guerrero di selatan Mexico, lapor Xinhua.

"Terdapat lima kematian setakat ini," kata Presidennya Andres Manuel Lopez Obrador kepada pemberita hari ini.

Menurut laporan, sekitar 700 rumah rosak akibat taufan itu.

Pihak berkuasa memberitahu, taufan berkenaan melanda Guerrero pada malam Isnin dengan kelajuan angin sekitar 195 kilometer sejam.

Semalam Gabenor Guerrero, Evelyn Salgado, melaporkan dua kematian akibat taufan itu.

Taufan John dijangka membawa hujan lebat di barat dan selatan Mexico.

- Bernama/Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS