Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
1 juta penduduk Gaza perlukan tempat berlindung sebelum musim sejuk
Diterbitkan:  Sep 26, 2024 2:00 PM
Dikemaskini: 6:00 AM

Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak perumahan pada Rabu menyatakan bahawa sejuta orang di Gaza memerlukan tempat perlindungan segera sebelum tiba musim sejuk.

"Sejuta orang di Gaza memerlukan bekalan tempat perlindungan yang mendesak sebelum musim sejuk tiba.

"Tindakan segera diperlukan!," kata Balakrishnan Rajagopal di platform X.

Israel terus melancarkan serangan kejam terhadap Gaza sejak Oktober tahun lalu, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata segera.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, hampir 41,500 orang terbunuh manakala lebih 96,000 cedera sejak itu.

Serangan Israel menyebabkan hampir keseluruhan penduduk wilayah itu kehilangan tempat tinggal, di tengah-tengah sekatan berterusan yang menyebabkan kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang teruk.

Israel kini berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di Gaza.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS