Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MPN akan pastikan pelaksanaan AI beri manfaat kepada rakyat
Diterbitkan:  Jan 24, 2024 9:13 AM
Dikemaskini: 1:13 AM

Majlis Profesor Negara (MPN) memainkan peranan dalam memastikan pelaksanaan dan impak kecerdasan buatan (AI) di negara ini dapat memberikan manfaat kepada rakyat.

Timbalan Ketua Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi Prof Dr Rusli Abdullah berkata bagi tujuan berkenaan, MPN sedang berusaha menghasilkan lebih banyak bakat digital di Malaysia.

“Pada masa sama, kerajaan juga telah menghasilkan harta teknologi maklumat (IT) dalam industri terpilih di Malaysia, iaitu inisiatif yang baik untuk memastikan orang ramai boleh memahami AI serta mempromosikan literasi digital,” katanya ketika menjadi tetamu program The Brief terbitan Bernama TV.

Rusli berkata sistem pendidikan tinggi Malaysia juga telah membangunkan kurikulum yang baik untuk memastikan pelajar dapat mempelajari sistem AI secara menyeluruh dalam konteks perniagaan.

Beliau berkata Malaysia berada di landasan tepat untuk membina infrastruktur digital yang baik seperti teknologi 5G yang dapat memperluaskan pembangunan AI.

“Saya fikir kita sudah mempunyai infrastruktur yang baik, dengan menggunakan infrastruktur rangkaian seperti 5G misalnya, kita boleh menggunakan persekitaran seperti ini untuk tujuan AI,” katanya.

Menurut Rusli, indeks inklusiviti digital juga perlu diatasi untuk memastikan penduduk di kawasan pedalaman dapat mengakses perkhidmatan digital seperti di kawasan bandar.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS