Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP Hulu Langat 'syukur' jika dilantik terajui KPDN
Diterbitkan:  Dec 3, 2023 5:15 PM
Dikemaskini: 9:15 AM

Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah Mohd Sany Hamzan membayangkan bahawa dia bersedia untuk berkhidmat sebagai menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baru sekiranya dilantik.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh, Sany berkata keputusan itu terletak di tangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, Amanah telah mengemukakan sekurang-kurangnya dua calon pengganti untuk jawatan yang ditinggalkan kosong sejak kematian bekas timbalan presiden Amanah, Salahuddin Ayub, empat bulan yang lalu.

“Kita pun tak tahu bila tarikh lantikan, cuma diberitahu dalam masa terdekat.

"Parti Amanah sudah menghantar nama untuk mengisi jawatan tersebut sekarang terpulang kepada perdana menteri menentukannya,” kata Ahli Parlimen Hulu Langat itu.

Setakat ini tidak jelas sama ada parti lain dalam kerajaan juga telah mengemukakan calon untuk pertimbangan Anwar.

Sany bagaimanapun tidak mendedahkan nama yang dikemukakan.

"Cuma saya dengar-dengar macam nama (Ahli Parlimen) Hulu Langat kuatlah.

"Kalau PM lantik saya (sebagai Menteri KPDN), saya panjatkan kesyukuran kehadrat Allah,” katanya dalam nada berseloroh, seperti dilapor Sinar Harian.

Jumaat lalu, Anwar membayangkan kemungkinan rombakan kabinet menjelang akhir tahun, selain menggantikan jawatan Salahuddin, yang kini ditugaskan sementara kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Armizan Mohd Ali.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS