Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas Adun Bersatu sertai Amanah
Diterbitkan:  Sep 4, 2023 7:45 AM
Dikemaskini: 11:54 PM

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad, yang keluar daripada Bersatu tahun lalu, mengumumkan menyertai parti Amanah, malam tadi.

Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu pada program ceramah Mega Perpaduan Madani di Taman Rekreasi Taman Uda Utama di Johor Bahru yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Izhar, yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, membuat keputusan keluar daripada Bersatu tahun lalu selepas hilang kepercayaan terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malam kelmarin, bekas Adun PAS Bukit Pasir, Najib Lep, turut turut berbuat perkara yang sama dan mengumumkan penyertaan beliau ke dalam parti Amanah dalam satu program ceramah di Sungai Abong, Muar.

Jumaat lalu, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, dalam kenyataan memaklumkan, dua bekas pemimpin utama PAS dan Bersatu bersama lebih 200 ahli dua parti itu akan menyertai parti Amanah dalam program yang berasingan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS