Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM Britain didenda tak pakai tali pinggang keledar

GLOBAL | Perdana Menteri Britain Rishi Sunak telah menerima notis penalti kerana gagal memakai tali pinggang keledar semasa membuat rakam video di tempat duduk penumpang bahagian belakang kereta yang sedang bergerak, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Sunak sebelum ini memohon maaf atas kesalahannya itu yang dilakukannya ketika mengadakan beberapa siri lawatan di Lancashire pada Khamis.

Menurut pihak Polis Lancashire: “Selepas meneliti perkara ini, kami hari ini (Jumaat, 20 Jan) mengeluarkan notis penalti bersyarat kepada seorang lelaki berusia 42 tahun dari London.”

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS